Thursday, August 14, 2014

Throwback zaman sekolah menengah


haloo..
kali ini sesi mengimbau kenangan lama...lol,tapi entry kali ni, kenangn dan kisah pahit manis aku di sekolah menengah sahaja.
SK Parapat Darat
Dipendekkan cerita, pendidikan awal saya di sk parapat darat kudat,sebap dulu-dulu teringin sangat nak pegi Tadika tapi faktor jarak yang sngat jauh dari rumah dan juga kemudahan pengangkutan masa tu sangat kurang la,boleh di katakan di kampung saya hanya tiga keluarga sahaja yang ada kereta sendiri,so tidak lah berpeluang mendapat pendidikan awal di Tadika.Tapi,bersukur juga sebap saya anak bongsu masa tu dan abang dan kakak saya stay di rumah,disebabkan saya teringin sangat belajar so,abang dan kakak aku ajar la aku benda-benda basic sebelum aku melangkah ke darjah 1.dan usaha mereka berhasil apabila saya boleh mengira dan menghafal ABC seperti kawan-kawan lain yang dapat pendidikn awal di Tadika.

Dipendekkan cerita,masa aku darjah satu semester pertama aku dapat nombor 1 dalam kelas dan pada masa itu semua orang terkejut disebabkan ramai lagi kawan-kawan yang satu kelas ngan aku yang dapat sekolah Tadika,tapi mungkin itu rezeki saya la...lol,da aku bergraduat (cehhh) di sekolah ini selepas tamat UPSR yang tak berapa nak cemerlan resultny,just nyawa-nyawa ikan.
SMK Sikuati 2
lepas bergraduat di SK Parapat Darat tu saya melanjutkan pelajaran disini (dalam gambar,tapi fokus backgound ja la), sebenarnya saya berhasrat untuk tidak melanjutkn pelajaran di sini sbap teringin sangat sekolah di MRSM,sebap utamanya senior aku sekolah di sini.Tapi,apakan daya (lol) bukn rezeki saya sebap result UPSR teruk,so belajar ja la sini.

Tapi,penyesalan itu tidaklah melarut sampi effect ngan study aku masa tu,penyesalan tu masa aku dapat result UPSR sja,lepas tu da ok da.Sebap semua kawan aku sekolah di sana,so ok la.

Pengalaman tingkatan satu ialah stu pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan,sebap di sana la masa pertukaran dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja.dan di sana juga la first time ikut orentasi.Walaupun orentasi tu menyeksa tapi bila dikenang sekarang itu memang seronok.Life tingkatan 1 memang full dengan mencari kawan dan juga bermain,kira culture shock la bh tu,sepanjang setahun di tingkatan 1 memang tidak terlintas pun di fikiran untuk belajar,so result memang la teruk.sekolah aku ne wlaupun bukan sekola berasrama penuh tapi sekolah berasrama (faham ka?),masa form 1,ramai kawan-kawan aku yang stay asrama so datang la jelesnya di sana.walaupun ramai yang tidak suka tinggal asrama tapi lain pula dengan saya sebap saya teringin sangat untuk stay di asrama ,sebap mungkin saya suka mencuba sesuatu yang baru, walaupun rumah aku ngan sekolah aku bukan la jauh sangat.Tapi,form 1 tu parents aku memang tidak benakan aku stay di asrama,so,ikut je la walaupun melompat-lompat saitan dalam badan aku untuk stay di asrama.

Asrama SMK Sikuati 2
Masuk form 2 aku memang nekad untuk stay asrama, siap menangis-nangis minta ngan parent.dan akhirnya parent aku benarkan aku stay asrama.Da masuk asram tu,lifestyle aku mang sudh berubah sebap,time management aku mang pihak asrama yang aturkan la.Termasuk waktu makan,belajar dan bermain.at first tu aku mang susah nak adapt tapi lama-lama da biasa da dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama.Study aku pun da ok,dan kadang-kadang aku tak balik rumah ssampai 3 minggu.


Masuk form 3,aku still kat asrama dan mula fokus dengan study la,sampai petang pun aku tak turun main da sebap tidur,sebap malam aku memang stay up untuk study.Aku ingat sekarang pun,rasa memang gila aku buat macam tu,boleh saya tahan buat macam tu.Dalam fikiran saya kalau boleh memang 24 jam belajar.Tapi usaha aku memang berbaloi la sebap dapat 6A dalam PMR.Gila tidak happy masa dapat result tu,lagi-lagi result tu keluar masa kristmas,memang hppy giler la.


Masuk for 4 ne adalah zaman yang sangat mencabar, dengan memasuki alam lebih remaja, pilih aliran lagi.Wahhhh,memang pening masuk form 4 ne.Masuk form 4 ne baru lah saya dapat tawaran masuk MRSM,tapi bukan MRSM yang dipilih. MRSM yang saya apply di KK tapi yang saya dapat di Tawau.Memandangkan Tawau ngan Kudat ne boleh menccah 12jam perjalanan dengan jalan yang kurang baik,so aku ambil keputusan untuk tolak tawaran itu.Sedih, memang sedih tapi itu jalan penyelasaian yang baik la bagi saya.Memang saya mengambil masa seminggu untuk mengubat kekecewaan itu la,tapi ramai guru yang bagi motivasi dengan saya,antara motivasi yang diberikan ialah "kalau ko bertekad untuk berjaya,mana-mana sekolah pun ko boleh berjaya", "buktikan yang sekolah biasa pun boleh jadi pelajar cemerlang".bila dengar kata-kata ransangan itu memang saya bersemangat untuk meneruskan perjuangan di SMK Sikuati 2.

Tadi tu cerita pasal sekolah MRSM,sekarang delima mengenai pilih aliran masuk form 4,adakah aliran science?separuh science?sastera?.wahh memang pening..Tapi,sekolah saya amat menggalakkan student yang mendapat A dalam science dan Math untuk masuk kelas Sains Tulen.Dalam masa tu aku memang tidak suka dengan aliran sains,disebapkan abang saya juga mengambil aliran sains sewaktu SPM,semua subjek sains(biology,physic,add math,chemistry) dia kantoi,manakala subjek yang lain semuanya ok A dan B.Disitulah saya mula berfikir dan saya sangat tidak yakin dengan kemampuan saya untuk belajar semua tu dan say tidak berapa minat lah dengan sains,dan lagi benda yang membuatkan saya tidak yakin untuk masuk kelas sains ,dari form 1 sehingga form 3 aku tidak pernah lulus subjek science,entah kenapa sebap PMR saya dapat A dalam sains.

Saya berminat dengan aliran sastera di bahagian Akaun,disebabkan saya sudh belajar basic-basic mengenai subjek Akaun.disebabkan terlalu minat dengan kelas akaun lepas habis ja PMR aku terul beljar sendiri subjek akaun.Tapi,keluarga dan guru-guru di sana sangat mengalakkan saya untu masuk kelas sains.So,at last aku masuk kelas sains,walaupun belajar awal subjek akaun itu sia-sia sahaja.


keadaan kelas teknokrat

Teknokrat students batch 2010/2011
Gambar tadi la yang menjadi kawan-kawan dan keluarga aku dalam kelas aliran Sains Tulen.Memang aawal-awal tu tidak suka dengan aliran ini tapi lama kelamaan sudah jatuh cinta dengan aliran ini ditambah lagi kawan-kawan yang sangat spoting dan baik.So,alang-alang da masuk kelas sains ne kena struggle la,sebap subjek-subjek pun semua tough2.
Study secara struggle


Ok,macam yang dijangkakan aku memang tidak mampu untuk hidup dengan subjek-subjek susah ne,tapi aku cari banyak inisiatif untuk cover dan faham subjek-subjek yang susah tu.Antara inisiatif yang buat ialah,membeli buku latih tubi dan rujukan sebanyak mana yang aku mamppu beli (kalau boleh duit biasiswa tu aku nak habiskan ja dengan buku) dan juga berkawan dengan orang yang lebih airf dan dapat menguasai subjek itu.
with Cassandra

with Zulhafiz
Dua-dua ne la yang jadi cikgu tambahan saya, cassandra tu guru BI dan Bio saya, dan zulhafiz ne guru Add Math ngan Math Moden aku.Yang lain juga tidak kurang bantuanya juga tapi tiada gambar dengan diorang.Namun usaha saya tidak sia-sia,semua atas bantuan kawan-kawan teknokrat saya,tanpa mereka saya tidak tahu apa sudah jadi dengan saya,dan saya sangat sayang dengan mereka.
Namun walaupun kami struggle untuk mencapai target dalam SPM tapi kami tidaklah ulat buku sangat,kami juga join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.Dalam kelas juga,kami bukan la nerd sangat sampai dalam kelas pun duduk diam sahaja dalam kelas tapi kami juga macam orang yang lain yang have fun dalam kelas.Kadang-kadang berseronok tidak ingat dunia,dan ada suatu ketika yang tinggal agi seminggu SPM,sy dan 3 orng dari klas saya join menari.

Alison(pengawas asrama),Roziana (ketua kelas), Julizcia (pembimbing rakan sebaya)

raya

raya sekolah

sesi fotografi

sambutan hari raya

jamuan akhir sem

begambar di wktu boring

pertandingan Tarian antara kelas

Gambar-gambar di atas merupakan moment-moment yang berharga yang berlaku di kelas Teknokrat btch 2010/2011.Walaupun kami selalu enjoy namun,pelajaran kami tidak lupakan.dan sekarang semua sudah meneruskan perjuangan masing-masing dalam pelbaga bidang.Boleh dikatakan semua orang sudah berjaya masuk ke U dan hampir berjaya mencapai cita-cita.




Dan syukur untuk saya sebap,walaupun join banyak aktiviti masa form5 tapi,saya dapat 6A dalam SPM,(walaupun target tidak tercapai)
Ok,bagi saya pula,cerita aliran sains saya tidk berhenti sini,sbap saya akan ceritakan lagi mengenai kehidupan saya di matrikulasi.Jumpa kamu di entry seterusnya,tidak janji bila.Yang penting bila saya ada masa saya update.

 

Monday, August 11, 2014

special for juniors

Haloo...haiiii
sementara cuti masih panjang dan kerja pun kurang,jadi banyaklah masa yang terluang...so,saya ambil masa ni untuk update blog saya la.Entry kali ini banyak saya kongsikan berkaitan dengan UPU,memandangkan hari ini tarikh keramat untuk kawan-kawan intake 2014/2015 mendapat result UPU.

Sejak semalam ramai yang update di facebook mengenai UPU,ada yang update pasal nervous,takut dan risau.Tapi,bagi saya itu semua normal la,semua orang pun akan rasa macam tu juga.nasihat saya untuk kawan-kawan dan juga junior-junior,kamu relex seja sebap U mana kamu masuk pun semua ok juga tu,pasal kos yang kamu dapat pula,kalau kamu tiada pilihan lain jalan saja dulu,nanti masuk di U kalau kamu rasa betul-betul tidak minat kamu boleh tukar kos juga tu.

Ok,untuk kawan -kawan yang sudah excited cek tu boleh la kamu cek lepas jam 12 petang ne dan special untuk kawan-kawan dan juga junior-junior yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia(UPM) ne gambaran serba sedikit mengenai orentasi kamu.



Apabila kamu sudah dapat tawaran di UPM,sediakan dokumen-dokumen yang penting yang diperlukan semasa pendaftaran,terutama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk PTPTN (untuk siapa-siapa yang ingin meminjam dengan PTPTN),sebap pihak PTPTN sangat strik mengenai dokumen yang mereka perlukan.so,sediakan awal-awal supaya tida kelang-kabut,memandangkan masa terlalu singkat untuk intake tahun ini membuat persiapan.


Biasanya kalau di UPM,pendaftaran dilakukan sehari sahaja (bergantung kepada perubahan) mengikut kolej kediaman masing-masing.Kod pakaian??kalau tidak disertakan dalam surat tawaran,kamu hanya berpakaian kemas dan sopan sahaja.Pastikan kamu ikaut apa yang ada dalam surat tawaran yang kamu dapat.

Orentasi di UPM?? orentasi biasanya dibahagikan kepada dua ,iaitu orentasi U dan orentasi kolej kediaman.ada kolej kediaman yang membuat orentasi serentak dengan U dan ada juga yang beraingan.Untuk kolej saya iaiu Kolej Mohamad Rashid (KMR) semasa intake saya dulu,dia dilakukan secra serentak.Tapi,jangan risau la,orentasi tu biasa je,kalau saya best la,sebap tiada la macam orentasi macam sekolah menengah,orentasi U hanya mendengar ceramah dan orentasi kolej sangat santai dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Sebelum,penutupan orentasi pihak UPM akan meengadakan bazar persatuan yang mana,semua persatuan-persatuan yang berdaftar under BHEP UPM akan membuat pameran di booth masing-masing,so kamu boleh la pilih persatuan yang kamu berminat.Join persatuan ne,tidaklah membebankan malah ia akan memberi pengalaman kepada kamu,kehidupan U kamu akan lebi enjoy bila kamu join persatuan-persatuan.

Ok,sebut pasal persatuan ne,saya akan berada di booth persatuan Ikatan Kristian UPM (IKUPM),di mana persatuan ini mengumpulkan pelajar-pelajar kristian di UPM,banyak aktiviti kami jalankan yang bersesuian dengan jiwa pelajar,seperti Kem dan banyak lagi.jumpa anda sna!!

Exco IKUPM
Bagi orang-orang Sabah yang dapat di UPM,kami di UPM ada Persatuan Kebajikan Anak Negeri Sabah (PERKASA sabah),persatuan ini akan mengumpulkan pelajar-pelajar sabah di UPM,untuk membantu masalah-masalah yang diadapi oleh pelajar sabah di UPM,terutama yang berkaitan dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).Kami juga ada mengadakan aktiviti yang meyeronokkan seperti BBQ,Pertandingan sukan dan banyak lagi..so,kalau sudah di UPM carilah PERKASA Sabah.
PERKASA UPM
So,dari saya all the best untuk kamu yang tenga menanti keputusan UPU,relex ja kamu,terima saja apa yang kamu dapat.Apa-apa, terus email saya saja atau inbox di facebook (Alison Too Janari)

Sunday, August 10, 2014

Sambutan Hari Ibu Dan Bapa



Poster hari Ibu dan Bapa
Pada 12 Julai 2014 yang lalu persekutuan belia Kg.Kumbatang telah berjaya menganjurkan sambutan secara serentak hai ibu da hari bapa dalam hari yang sama.Sambutan ini 99% diatur oleh persekutuan belia.Secara peribadi saya sangat bersyukur dan berterimakasih kepada semua belia kampung Kumbatang kerana telah berjaya menganjurkan sambutan ini,dan telah memberi kerjasama dengan penuh.

Menurut pengarah program, sambutan hari ibu dan bapa ini telah mencipta rekod sejarah penganjuran kerana berjaya dianjurkan pada hari sabtu,ini kerana penganjuran sebelum ini dilaksanakan pada hari ahad iaitu selepas Kebaktian Umum.Tetapi pada sambutan tahun ini pihak penganjur berjaya mengadakan pada hari sabtu walaupun acara ini bertindih dengan acara keluarga sebilangan jemaat kampung Kumbatang.Walaupun keadiran kurang memuaskan kerana hanya 50% daripada jemaat yang hadir, tetapi pihak penganjur tetap bersyukur da berbangga dengan komimen yang diberikan oleh  jemaat keran kami faham dengan acara keluarga yang bertindih dengan sambutan ini.Walaupun kehadiran yang tidak memuaskan namun,acara berjalan seperti biasa dan suckacita di kalangan Ibu dan Bapa yang di sambut terukir apabila mereka bersemangat menyertai semua aktiviti yang dijalankan.

Renungan oleh Pst.David
 

Bersempena dengan sambutan hari Ibu Dan Bapa ini pihak penganjur (belia KTG) telah bersepakat untuk memilih tema "Ibu dan Bapa yang Berimpak". Tema ini secara ringkas bermaksud Ibu dan Bapa yang memberi kesan yang baik kepada anak-anak memalui nasihat dan juga teladan.Untuk mengupas secara luas mengenai tema pada sambutan ini pihak penganjur telah memberi kepercayaan kepada Pst.David untuk menyampaikan renungan atau Kothbah pada sambutan itu. secara peribada renungan yang beliau sampaikan itu sangat memberi inspirasi kepada Ibu, Bapa dan anak-anak yang hadir pada masa itu.

Acara Pemotongan Kek sambutan
dari kiri Pn.Norly (pengerusi wanita PCS KTG), En.Lesa Talo (pengerusi majlis Gereja KTG), Sdr.Nelzron Rubin (Pengarah program)


acara Luar (KTG F1)
Sebagai simbolik sambutan hari ibu dan bapa pihak penganjur telah menyediakan kek untuk dipotong oleh wakil dari pihak ibu,bapa dan anak.
Gambar-gambar tadi merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada hari sambutan selepas kebaktian sambutan.Sebenarnya, terdapat banyak lagi acara luar gereja (sukaneka) yang dilaksanakan pada hari sambutan tetapi disebabkan oleh pembahagian tugas saya tidk dapat mengambil gambar kesemua acara.Walaupun aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini memerlukn tenaga tetapi kesemua jemaat yang hadir pada masa itu melibatkan diri dalam setiap aktiviti untuk merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain.

Brother Lawin melayani sebagai Chef sukarela 

Nasi Ayam KTG

tenga siapkan sos untuk Nasi ayam
Ini cerita pasal makan.Salah satu benda yang saya secara peribadi kagum dengan pihak penganjur (belia KTG) ialah kami membunyai hamba Tuhan yang mempunyai karunia dalam bidang masakan untuk melayani pada masa ini.Sebap,hampir semua event yang dijalankan di gereja yang melibatkan masak-memasak mesti kaum wanita atau ibu-ibu yang terlibat,tetapi untuk sambutan ari ibu-dan bapa kali ini kami pihak penganjur bersepakat unutk memasak dan biarkan ibu bapa hanya duduk dan makan sahaja.tetapi puji Tuhan sebap semua ibu dan bapa yang hadir pada masa itu berpuas hati dengan masakan Brother Lawin.

Rayisah, Yennie, Alison
Pada sambutan Hari Ibu dan Bapa itu saya diberi kepercayaan oleh Pengarah program untuk menjadi pengurus aktiviti dalam gereja bersama Dilcy (tiada dalam gambar) .Gambar di atas merupakan rakan-rakan yang membantu saya untuk melaksanakan tugas saya.Banyak aktiviti yang kami anjurkan termasuklah, "selfie contest", Duet dan "serasi bersama".Namun salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan merupakan julun-julung kali diadakan iaitu "selfie contest" namun sambutan daripada jemaat amat mengalakkan.




Antara peserta "selfie contest" yang sempat diupload di sini.Sebenarnya pertandingan ini bukan sahaja untuk bersuka ia tetapi ia berobjektifkn untuk merapatkan silaturahim antara keluarjga dan juga pendekatan dan ilustrasi kepada tema sambutan hari ibu dan bapa tahun ini iaitu "Ibu dan Bapa yang Berimpak".










Secara keseluruhanya sambutan seperti ini sangat berguna.Selain daripada memberi penghargaan kepada ibu dan bapa ia juga merapatkan hubungan silaturahim antara jemaat.Saya secara peribadi bersyukur dan brterimakasih kepada semua belia dan pelaksana kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.Puji Tuhan..


Ini aktiviti saya pada musim cuti sem.
blog mungkin update bila ada masa sahaja.
untuk update yang latest semuanya di instagram 
instagram: alison_too
facebook: Alison Too janari

Thursday, August 7, 2014

cerita plus info

cerita dan info untuk hari ne berkaitan dengan life sebagai studnt U la.. especially UPM, macam entry saya sebelum ne saya first year student di UPM intake 2013/2014 taking Bachelor Science in Agriculture , Faculty of Agriculture University Putra Malaysia dan stay kat Kolej Mohamad Rashid (KMR).

ok, pendekkan cerita, entry saya hari ne just na share mcm mna cerita saya sepanjang menjadi fist year. intake batch saya mugkin agak berhuntung sebap result UPU keluar awal, so boleh prpepare awal smua benda termasuk tiket flight,sebap saya datang dari Sabah.

fakulti pertanian UPM

Gambar tadi tu adalah gambar salah satu pemandangan di fakulti Pertanian UPM, 

budak BSP biasanya banyak kelas di luar kira amali la...tapi memang best,seba dia tak la boring sangat duk kat dewan kuliah je...

ok la,tu je kot untuk entry kali ne...nt kalau ada masa sy letak la ye...kalau ada apa2 yang nak tanya tu leave comment je la ye,atau email terus la ye..bye