| Poster hari Ibu dan Bapa |
Pada 12 Julai 2014 yang lalu persekutuan belia Kg.Kumbatang telah berjaya menganjurkan sambutan secara serentak hai ibu da hari bapa dalam hari yang sama.Sambutan ini 99% diatur oleh persekutuan belia.Secara peribadi saya sangat bersyukur dan berterimakasih kepada semua belia kampung Kumbatang kerana telah berjaya menganjurkan sambutan ini,dan telah memberi kerjasama dengan penuh.
Menurut pengarah program, sambutan hari ibu dan bapa ini telah mencipta rekod sejarah penganjuran kerana berjaya dianjurkan pada hari sabtu,ini kerana penganjuran sebelum ini dilaksanakan pada hari ahad iaitu selepas Kebaktian Umum.Tetapi pada sambutan tahun ini pihak penganjur berjaya mengadakan pada hari sabtu walaupun acara ini bertindih dengan acara keluarga sebilangan jemaat kampung Kumbatang.Walaupun keadiran kurang memuaskan kerana hanya 50% daripada jemaat yang hadir, tetapi pihak penganjur tetap bersyukur da berbangga dengan komimen yang diberikan oleh jemaat keran kami faham dengan acara keluarga yang bertindih dengan sambutan ini.Walaupun kehadiran yang tidak memuaskan namun,acara berjalan seperti biasa dan suckacita di kalangan Ibu dan Bapa yang di sambut terukir apabila mereka bersemangat menyertai semua aktiviti yang dijalankan.
| Renungan oleh Pst.David |
Bersempena dengan sambutan hari Ibu Dan Bapa ini pihak penganjur (belia KTG) telah bersepakat untuk memilih tema "Ibu dan Bapa yang Berimpak". Tema ini secara ringkas bermaksud Ibu dan Bapa yang memberi kesan yang baik kepada anak-anak memalui nasihat dan juga teladan.Untuk mengupas secara luas mengenai tema pada sambutan ini pihak penganjur telah memberi kepercayaan kepada Pst.David untuk menyampaikan renungan atau Kothbah pada sambutan itu. secara peribada renungan yang beliau sampaikan itu sangat memberi inspirasi kepada Ibu, Bapa dan anak-anak yang hadir pada masa itu.
| Acara Pemotongan Kek sambutan dari kiri Pn.Norly (pengerusi wanita PCS KTG), En.Lesa Talo (pengerusi majlis Gereja KTG), Sdr.Nelzron Rubin (Pengarah program) |
| acara Luar (KTG F1) |
Sebagai simbolik sambutan hari ibu dan bapa pihak penganjur telah menyediakan kek untuk dipotong oleh wakil dari pihak ibu,bapa dan anak.
Gambar-gambar tadi merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada hari sambutan selepas kebaktian sambutan.Sebenarnya, terdapat banyak lagi acara luar gereja (sukaneka) yang dilaksanakan pada hari sambutan tetapi disebabkan oleh pembahagian tugas saya tidk dapat mengambil gambar kesemua acara.Walaupun aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini memerlukn tenaga tetapi kesemua jemaat yang hadir pada masa itu melibatkan diri dalam setiap aktiviti untuk merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain.
| Brother Lawin melayani sebagai Chef sukarela |
| Nasi Ayam KTG |
| tenga siapkan sos untuk Nasi ayam |
| Rayisah, Yennie, Alison |
Antara peserta "selfie contest" yang sempat diupload di sini.Sebenarnya pertandingan ini bukan sahaja untuk bersuka ia tetapi ia berobjektifkn untuk merapatkan silaturahim antara keluarjga dan juga pendekatan dan ilustrasi kepada tema sambutan hari ibu dan bapa tahun ini iaitu "Ibu dan Bapa yang Berimpak".
Secara keseluruhanya sambutan seperti ini sangat berguna.Selain daripada memberi penghargaan kepada ibu dan bapa ia juga merapatkan hubungan silaturahim antara jemaat.Saya secara peribadi bersyukur dan brterimakasih kepada semua belia dan pelaksana kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.Puji Tuhan..
Ini aktiviti saya pada musim cuti sem.
blog mungkin update bila ada masa sahaja.
untuk update yang latest semuanya di instagram
instagram: alison_too
facebook: Alison Too janari
No comments:
Post a Comment