Wednesday, August 5, 2015

Kono Momoros Rungus ( jom cakap Rungus )

Rasanya sekarang ne hidup aku happy dan tenang je (kot la) , lagi-lagi masa aku tulis blog ne tengah hujan jadi idea aku pun mencurah-curah macam air hujan ne., Rasanya banyak isu yang saya nak kongsi dan jadikan bahan aku dalam blog ne tapi benda ne paling penting. Isu ne saya dapat ilham dari blog yang aku baca semalam ,blog ne berkaitan dengan bangsa aku iaitu bangsa Rungus,(kalau nak tau banyak pasal Rungus baca la blog dia, ada dalam blog list aku). Aku cukup kagum la dengan dia sebab dia ada usaha nak perkenalkan bangsa Rungus melalui blog, dan dia rajin cari info pasal tradisi rungus ne.

Tapi isu yang aku nak bangkitkan hari ini bukan pasal blog tu, tapi aku nak bangkitkan pasal anak rungus yang sejati ( mak ayah Rungus) tak reti nak bertutur bahasa Rungus. Dimanakah puncanya? Ok la aku boleh terima la kalau orang tu  walaupun Rungus sejati tapi menetap di bandar , tapi masalahnya ada juga orang yang dia Rungus sejati dan menetap di perkampungan Rungus tapi masih tidak boleh bertutur dalam Boros Rungus dengan baik. Bukan aku nak salahkan siapa-siapa la tapi benda ne memang berlaku.

Dulu saya tidak fikir langsung pasal benda ne, sebab walaupun aku fasih bertutur dalam bahasa Rungus tapi bila bertutur di sekolah kami menggunakan BM walaupun kawan sebangsa ,sebab hormat permis kerjaan yang menggunaan bahasa rasmi , tapi benda tu berlarutan hingga ke kampung jadi macam Rungus ne hanya digunakan untuk berbual dengan orang lama-lama. Tapi bila saya melangkah ke U saya nampak dan dengar bangsa-bangsa lain macam Iban, Dusun , Cina , India, mereka petah berbahasa melayu tapi bila dengan kawan sebangsa mereka menggunakan bahasa sendiri, sedangkan aku dengan kawan sebangsa aku still bertutur dalam BM walaupun kami berdua sebab kawan aku ne tak pandai cakap Rungus. So,dari sana aku mula terfikir yang Bahasa sendiri harus digunakan untuk menunjukkan identiti sendiri dan memelihara bahasa ibunda.

So, wahai anak-anak rungus yang sejati, mari kita belajar bahasa sendiri dan pelihara identiti kita selagi ia tidak betentangan denga kepercayaan agama kita. KAdang-kadang saya malu bila orang cakap "kenapa tidak pandai berbahasa kamu sendiri, sedangkan itu bahasa ibunda kamu? kenapa tidak dipelihara? kamu tidak sayang dengan bangsa kamu?"
saya pun terfikir yang, dalam kalangan rungus ne, ramai yang sudah berjaya, belajar tinggi-tinggi malahan ada yang sampai ke luar negara ke Rusia, Perancis dan banyak lagi,sampai hebat bertutur dalam bahasa-bahasa rasmi negara tersebuat macam bahasa Rusia dan bahasa Perancis apa lagi Bahasa Inggeris, tapi bahasa Rungus ? ya syukur kalau faham , tapi mungkin ada yang tidak faham langsung lagi-lagi bertutur. Sory to say, macam kita agung-agungkan bahasa orang lain tapi baasa kita macam kita ambil remeh je. 

Ok,itu je la pandangan aku, minta maaf la kalau ada yang terasa hati tapi itu la kebenarannya,.
"mari kita perhebatkan diri untuk belajar bahasa asing untuk kemajuan kita, tapi jangan lupa untuk perkasakan dan hormat bahasa Ibunda kita untuk mengekalkan bahasa asli kita dimana ia mencerminkan identiti kita bersama sebagai anak RUNGUS"




Vavazoi Rungus
 

No comments:

Post a Comment