![]() |
| Abam tauke durian |
Persoalan yang famous bila cuti sem dah nak mula ,especially cuti sem 2 yang hampir mencecah 2 3 bulan iaitu ;
"buat apa cuti ne? tak kerja?"
Bak kata Openg AF2015 soalan-soalan macam aku memang fail nak jawab,,,jadi speechless ,tak tau nak buat apa cuti, selain tolong parents dekat kebun getah kami la. Sebab kalau kat tempat aku ne,memang takdenya nak kerja part time kat kedai-kedai,restaurant-restaurant, mamak-mamak sebab kampung aku agak jauh juga dari pekan Kudat. Apa yang mampu aku buat ,tolong parent usahakan tanah di kampung je la,mcam kebun getah,kebun kelapa tu je la.
But, thank God sebab walaupun cuti sem memang selalu tak strategik bagi aku sebab memang tak cantik sebab semua cuti sem akan bermula bila semua perayaan-perayaan yang aku sambut selesai contohnya cuti sem 1 mula bila perayaan christmas selesai. Tapi walaubagaimanapun tetap bersyukur sebab cuti sem 2 aku ne jatuh pada musim buah especially buah-buah yang special macam DURIAN ,rambutan dan juga buah TERAP.
Ok,, dimulakan cerita musim durian mula pada musim cuti saya so,memang berhuntung sangat-sangat, walaupun aku bukan hantu durian tapi at least aku boleh buat duit dengan buah durian, memndangkan buah durian juga ada harga di pasaran.dan memandngkan juga kesemua 10 buah durian yang ayah aku tanam semuanya menghasilkan buah pada musim kali ini.
So,bermula la kisah aku sebagai penjual durian,walau pun aku menjual di tepi-tepi jalan sebab aku fikir jual tepi jalan lagi aku boleh dapat untung yang banyak. Memang pada mulanya agak mustahil tapi selepas mencuba thank God sambutan para peminat durian amat memberangsangkan la, ramai juga yang membeli terutama guru-guru di pedalaman yang berminat dengan durian aku ne.
Memang pada mulanya agak kekok ,tapi lama-kelamaan memang da biasa aku boleh gunakan kepetahan aku berkata-kata untuk menyakinkan bahawa durian yang aku jual ne baik punya. Memang ini pengalaman yang baik terutama dalam communication skill dan juga skill keusahawanan saya juga dapat diperbaiki. Dan pengalaman saya kali ini dapat menimbulkan minat keusahawanan kepada saya suatu hari nanti.
so,dengan ada nya kerja sampingan aku ne,walaupun setahun sekali dapat la menambah income aku nanti dengan usaha aku sendiri.

No comments:
Post a Comment