Monday, August 3, 2015

Why,why and why ??

Pencapaian yang cukup baik bagi saya sebab aku boleh update blog aku ne setiap hari ( baru 2 hari berturut-urut pun ), maksudnya aku tenga ak de kerja la ne a.k.a boring la ne, sebab idea aku nak tulis benda ne da lama da ada siapa da susun main point dan supporting point bagai  tapi dalam otak je la,tangan tak mampu nak ikut rentak otak malas..Sebab actually aku tengah menjual durian ne tu yang tak tau nak buat apa,sementara tunggu hantu-hantu durian nak beli dan sini pun wifi ok,why not aku rajinkan tangan buat benda ne. Tapi bukan itu yang aku nak share ngan korang tapi aku nak tunaikan janji semalam yang aku nak cerita disebalik kejaadian aku berada di UPM..So,lets enjoy aku merapu!

Ok la, dipendekkan cerita as u all tau aku skarang tenga sambung study dekat UPM ambil kos Bacelor Sains Pertanian. Pertanian???? penat- penat study matrik dapat result ok ambil pertanian??? why?why?why?......So,macam ne la persoalan-persoalan dan reaksi orang bila jumpa aku dan sebut pasal kos aku. Stress tak? aku ok je sebenarnya tapi kengkadang tu bole la juga naik darah  bila dengar benda ne. 

Dimulakan cerita, macam biasa la memang delima seorang pelajar lepasan Matrik dan STPM masa nak isi UPU, tertama bagi orang yang tak tau halatujuh lagi,tak tau nak buat jadi apa nanti dan parents juga ikut kehendak kita, macam aku la. Actually, parents aku tak la serahkan 100% pilihan tu di tangan aku, ade la diorang suggest kos untuk aku, tapi biasa la orang tua kan nak yang terbaik untuk kita samapai benda tu aku tau aku tak mampu nak dapat dan aku tak minat, antaranya ialah jadi Engineer atau jadi doktor atau jadi Guru. Semua tu aku tak mampu bro,lagi pun aku tak berapa nak minat terutama Engineer. Guru pulak aku , emang benda ne cita-cita aku sejak dari kecil lagi tapi lepas kejadian tu aku da mula tak minat da dan da tawar hati nak ambil kos ne.

So, masa nak isi UPU tu, aku tak fokus ngan kos yang aku nak pilih,benda yang aku fokuskan ialah Universiti mana yang aku nak pegi..So, memandangkan UMS uni yang aku tau dulu sejak dari kecik dan UMS merupakan tempat yang strategik bagi aku, dan banyak benda la yang aku tau pasal UMS ne sebab aku selalu juga menjejak kaki dekat UMS ne, apa tidaknay abang aku study kat sini jadi tambah sayang la aku dengan UMS ne. So, dari first hingga la ke fourth choice tu semua aku pilih UMS,,, Tapiiiiiiiiiiiiiii...4 universiti penyelidikan ne nak pulak asing-asing permohonan, then aku try je la sebab RU kan,, dalam fikiranku mustahil la aku dapat result aku tak gempak pun, tapi kos yang aku pilih tu memang aku minat semua la dan memang dekat di hati iaitu sains pertanian dimana this is my first choice.. o ya, aku pilih la UPM sebab U ne agak strategik juga la bagi aku sebab abang aku kerja kat sana, so serba sedikit aku kenal la sedikit pasal UPM, ada la gambaran sedikit berkenaan UPM ne.

Setelah beberapa bulan selepas mengisi UPU tu, akhirnya result da keluar... Jengg..jengg..jengg... aku dapat Sains Pertanian  di UPM !!!!!!! tak sampai satu minit aku happy, then aku da sedih sambil melinang air mata, sebab aku pegi jauh dari family dan aku jauh dari kampung kesayangaan aku. Parents, siblings dan semua yang ada di rumah masa tu, semua happy sebab aku dapat UPM. Tapi thank God la tak sampai sebulan pun aku sedih, sebab 2 dari kampung aku pun tak dapat UMS gak, diorang pun kene fly pegi semenanjung sorang pegi UPSI sorang lagi pegi UMK, so aku happy la sikit dan bersyukur at least aku dekat sikit dengan airport dan senang sikit nak pegi Uni tu.

Biasalah kan orang kampung, nak juga diorang tau aku dapat mana, kos apa.kan? normal la.. tapi yang aku tak puas hati tu, bila aku sebut je nama kos yang aku dapat semua orang buat muka kalau tak pun conversation kami dengan si penanya tu akan jadi panjang, sebeb he/she keep asking why??
Kenapa pertanian?
Kenapa bukan Guru?
Kenapa tidak ambil di UMS saja?
kenapa? kenapa?
so, ok I kan budak baik dan menghormati orang, so aku jawab je la segala persoalan dengan senyuman dan hemah.. kah ! tapi yang paling buat aku terasa dan rasa macam discourage dengan kata-kata itu ialah la orang itu berkata 
"ok bah kos kau tu, jadi baik kampung nanti tanam rumput la "
 Jadi kata-kata dia tu seolah-olah mengangap yang kos aku ne memang teruk dan diangap kos buangan dan kos yang tiada masa depan, ye la sebab anak-anak pacik yang "menasihati" saya ne semua skolah tinggi-tinggi semua bekerjaya..But, satu hal yang dia tidak fikir ialah semua orang tidak mempunyai kemampuan yang sama,dan semua orang ada perbezaan minat. 

Aku jadkan semua kata-kata, nasihat dan tomahan orang terhadap aku sebagai semangat bagi aku untuk membuktikan kepada semua orang yang semua orang ada minat masing-masing dan semua orang mmpu berjaya walauapapun minat yang diceburi. So, sekarang  menjadi tanggungjawab saya untuk membuktikan kepada "mereka" bahawa saya boleh buat.

Dan akhirnya aku melangkah ke Universiti Putra Malaysia as a Agricultural Science Student ! dengan senang hati sambil berjalan catwalk dan perasan diri ini macam model. 

Maka berakhirlah hidup aku dengan delima terhadap pelajaran. jadi untuk entry-entry seterusnya aku akan ceritakan kisah pahit manis dan masam aku di UPM dan juga kehidupan sebagai Mahasiswa dan juga sebagai Remaja ( aku da tua dohhh, tapi muka macam budak ). so see u !

No comments:

Post a Comment