Thursday, August 6, 2015

Hormat promoter

Pernah tak korang tengah nak berjalan happy-happy kat shopping mall ke kat bandar ke, dalam restoren ke, tetiba ada orang approach korang dan kata macam ne ;
"bang nak beli ne tak? benda ne bagus bla..blaaa..blaaa"
apa perasaan orang bila korang berada dalam situasi macam ne? dan apa kah tindakan korang?.. Honestly aku rasa rimas dan tak nak pandang langsung orang tu (buat x tau je),sebab kengkadang diorang ne over, lepas tu sampai memaksa-maksa . Tapi da juga yang orang tu OKU yang nak menjual barang sebab nak sara hidup dia sendiri ,dan kalau ada duit lebih saya akan beli dengan orang tu sebab aku betul-betul respect la ngan orang tu, sebab walaupun dia dalam serbah kekurangan tapi dia still berusaha untuk kelangsungan hidupnya.

Ok,back to our topic iaitu pasal promoter ne, mindset aku berubah bila aku sendiri jadi promoter sebab aku join program keusahawanan Kolej aku dulu dekt Penang, so macam waktu tu first time aku jadi promoter sebab aku tak tau pun aku bat benda tu sbab aku just ak join program tu je la. Masa tu aku memang payah la, sebab aku ne jenis pemalu berhadapn dengan orang awan face to face la, lagi-lagi aku sangat risau oraang-orang dekat sana tak faham logat bahasa aku ( masa tu pekat giler bunyi sabah aku ). Tapi, disebabkan semangat nak memang dalam pertandingan aku buat je la, tebalkan muka dan promote...

Disebabkan Penang ne ramai orang Chineese so aku prefer cakap BI walaupun BI aku tak seberapa tapi dalam otak aku ,at least diorang faham dan aku tak perlu ulang-ulang bagitau kalau aku cakap dalam BM,..Tapi Thank God la, ramai juga yang aku approach termasuk tourist yang tenga bersantai,,Macam-macam gelagat la kami jumpa, ada yang beli,ada yang dengar kami promote tapi tak beli ,ada yang halau terus ada yang siap marah-marah tak nak layan,ada yang buat tak tau kehadiran kami dan banyak lagi la.Perasaan masa tu bila tengok dan rasa sendiri gelagat orang awan bercampur-baur ada ler rasa happy,geram,marah dan rasa nak give up. Tapi at last aku dapat juga selesaikan misi kami sampai group aku jadi johan.

Bagi aku,pengalaman tu sangat berharga dan berguna.. sebab aku da ada pengalaman nak layan kerenah pembeli dan juga nak sabar dengan sikap diorang dan aku boleh la terima prinsip " customer is always right " dan " customer is boss"..Tapi yang aku paling bersyukur aku da tak malu nak bercakap ngan orang dan yakin bila aku promote,,,tapi still tenga lbelajar la nak nego-nego harga tu dan sekarang dah ok da yang penting tak kurang dari modal dan mesti ada la keuntungan tu. So, benda tu aku dapat apply sekarang, sebab skrang aku niaga durian dekat kampung aku,so kira ramai juga la yang beli dan setiap pelanggan tu aku layan baik-baik dan cuba nak nego harga yang buat dua-dua pihak happy la..so far aku konfien la bila nak bagitau kelebihan-kelebihan durian aku tu.. dan mak aku pun happy sebb aku dan pandai da niga dekat pekan masa Tamu kudat tu,..
Skrg bole la,timbula nak buka business satu hari nanti sebab rasa berminat pulak..hahah

So, last but not least aku nak nasihatkan korang supaya please la hormat promoter sebab diorang pun nak cari makan,kalau tak nak beli tu cakap je la baik-baik tak nak, dan kalau da tak nak buat pe tu senyum je pun da cukup,sebab promoter da cukup happy bila orang lain senyum dengan diorang. Aku pernah la tegor family dan kawan-kawan aku untuk menghormati promoter,...sebab aku pernah rasa apa diorang rasa.

OK Thanks for reading... but before that, abam nak lanje gambar-gambar durian..enjoyyy










No comments:

Post a Comment