haloo..
kali ini sesi mengimbau kenangan lama...lol,tapi entry kali ni, kenangn dan kisah pahit manis aku di sekolah menengah sahaja.
![]() |
| SK Parapat Darat |
Dipendekkan cerita, pendidikan awal saya di sk parapat darat kudat,sebap dulu-dulu teringin sangat nak pegi Tadika tapi faktor jarak yang sngat jauh dari rumah dan juga kemudahan pengangkutan masa tu sangat kurang la,boleh di katakan di kampung saya hanya tiga keluarga sahaja yang ada kereta sendiri,so tidak lah berpeluang mendapat pendidikan awal di Tadika.Tapi,bersukur juga sebap saya anak bongsu masa tu dan abang dan kakak saya stay di rumah,disebabkan saya teringin sangat belajar so,abang dan kakak aku ajar la aku benda-benda basic sebelum aku melangkah ke darjah 1.dan usaha mereka berhasil apabila saya boleh mengira dan menghafal ABC seperti kawan-kawan lain yang dapat pendidikn awal di Tadika.
Dipendekkan cerita,masa aku darjah satu semester pertama aku dapat nombor 1 dalam kelas dan pada masa itu semua orang terkejut disebabkan ramai lagi kawan-kawan yang satu kelas ngan aku yang dapat sekolah Tadika,tapi mungkin itu rezeki saya la...lol,da aku bergraduat (cehhh) di sekolah ini selepas tamat UPSR yang tak berapa nak cemerlan resultny,just nyawa-nyawa ikan.
| SMK Sikuati 2 |
lepas bergraduat di SK Parapat Darat tu saya melanjutkan pelajaran disini (dalam gambar,tapi fokus backgound ja la), sebenarnya saya berhasrat untuk tidak melanjutkn pelajaran di sini sbap teringin sangat sekolah di MRSM,sebap utamanya senior aku sekolah di sini.Tapi,apakan daya (lol) bukn rezeki saya sebap result UPSR teruk,so belajar ja la sini.
Tapi,penyesalan itu tidaklah melarut sampi effect ngan study aku masa tu,penyesalan tu masa aku dapat result UPSR sja,lepas tu da ok da.Sebap semua kawan aku sekolah di sana,so ok la.
Pengalaman tingkatan satu ialah stu pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan,sebap di sana la masa pertukaran dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja.dan di sana juga la first time ikut orentasi.Walaupun orentasi tu menyeksa tapi bila dikenang sekarang itu memang seronok.Life tingkatan 1 memang full dengan mencari kawan dan juga bermain,kira culture shock la bh tu,sepanjang setahun di tingkatan 1 memang tidak terlintas pun di fikiran untuk belajar,so result memang la teruk.sekolah aku ne wlaupun bukan sekola berasrama penuh tapi sekolah berasrama (faham ka?),masa form 1,ramai kawan-kawan aku yang stay asrama so datang la jelesnya di sana.walaupun ramai yang tidak suka tinggal asrama tapi lain pula dengan saya sebap saya teringin sangat untuk stay di asrama ,sebap mungkin saya suka mencuba sesuatu yang baru, walaupun rumah aku ngan sekolah aku bukan la jauh sangat.Tapi,form 1 tu parents aku memang tidak benakan aku stay di asrama,so,ikut je la walaupun melompat-lompat saitan dalam badan aku untuk stay di asrama.
![]() |
| Asrama SMK Sikuati 2 |
Masuk form 2 aku memang nekad untuk stay asrama, siap menangis-nangis minta ngan parent.dan akhirnya parent aku benarkan aku stay asrama.Da masuk asram tu,lifestyle aku mang sudh berubah sebap,time management aku mang pihak asrama yang aturkan la.Termasuk waktu makan,belajar dan bermain.at first tu aku mang susah nak adapt tapi lama-lama da biasa da dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama.Study aku pun da ok,dan kadang-kadang aku tak balik rumah ssampai 3 minggu.
Masuk form 3,aku still kat asrama dan mula fokus dengan study la,sampai petang pun aku tak turun main da sebap tidur,sebap malam aku memang stay up untuk study.Aku ingat sekarang pun,rasa memang gila aku buat macam tu,boleh saya tahan buat macam tu.Dalam fikiran saya kalau boleh memang 24 jam belajar.Tapi usaha aku memang berbaloi la sebap dapat 6A dalam PMR.Gila tidak happy masa dapat result tu,lagi-lagi result tu keluar masa kristmas,memang hppy giler la.
Masuk for 4 ne adalah zaman yang sangat mencabar, dengan memasuki alam lebih remaja, pilih aliran lagi.Wahhhh,memang pening masuk form 4 ne.Masuk form 4 ne baru lah saya dapat tawaran masuk MRSM,tapi bukan MRSM yang dipilih. MRSM yang saya apply di KK tapi yang saya dapat di Tawau.Memandangkan Tawau ngan Kudat ne boleh menccah 12jam perjalanan dengan jalan yang kurang baik,so aku ambil keputusan untuk tolak tawaran itu.Sedih, memang sedih tapi itu jalan penyelasaian yang baik la bagi saya.Memang saya mengambil masa seminggu untuk mengubat kekecewaan itu la,tapi ramai guru yang bagi motivasi dengan saya,antara motivasi yang diberikan ialah "kalau ko bertekad untuk berjaya,mana-mana sekolah pun ko boleh berjaya", "buktikan yang sekolah biasa pun boleh jadi pelajar cemerlang".bila dengar kata-kata ransangan itu memang saya bersemangat untuk meneruskan perjuangan di SMK Sikuati 2.
Tadi tu cerita pasal sekolah MRSM,sekarang delima mengenai pilih aliran masuk form 4,adakah aliran science?separuh science?sastera?.wahh memang pening..Tapi,sekolah saya amat menggalakkan student yang mendapat A dalam science dan Math untuk masuk kelas Sains Tulen.Dalam masa tu aku memang tidak suka dengan aliran sains,disebapkan abang saya juga mengambil aliran sains sewaktu SPM,semua subjek sains(biology,physic,add math,chemistry) dia kantoi,manakala subjek yang lain semuanya ok A dan B.Disitulah saya mula berfikir dan saya sangat tidak yakin dengan kemampuan saya untuk belajar semua tu dan say tidak berapa minat lah dengan sains,dan lagi benda yang membuatkan saya tidak yakin untuk masuk kelas sains ,dari form 1 sehingga form 3 aku tidak pernah lulus subjek science,entah kenapa sebap PMR saya dapat A dalam sains.
Saya berminat dengan aliran sastera di bahagian Akaun,disebabkan saya sudh belajar basic-basic mengenai subjek Akaun.disebabkan terlalu minat dengan kelas akaun lepas habis ja PMR aku terul beljar sendiri subjek akaun.Tapi,keluarga dan guru-guru di sana sangat mengalakkan saya untu masuk kelas sains.So,at last aku masuk kelas sains,walaupun belajar awal subjek akaun itu sia-sia sahaja.
| keadaan kelas teknokrat |
| Teknokrat students batch 2010/2011 |
Gambar tadi la yang menjadi kawan-kawan dan keluarga aku dalam kelas aliran Sains Tulen.Memang aawal-awal tu tidak suka dengan aliran ini tapi lama kelamaan sudah jatuh cinta dengan aliran ini ditambah lagi kawan-kawan yang sangat spoting dan baik.So,alang-alang da masuk kelas sains ne kena struggle la,sebap subjek-subjek pun semua tough2.
![]() |
| Study secara struggle |
Ok,macam yang dijangkakan aku memang tidak mampu untuk hidup dengan subjek-subjek susah ne,tapi aku cari banyak inisiatif untuk cover dan faham subjek-subjek yang susah tu.Antara inisiatif yang buat ialah,membeli buku latih tubi dan rujukan sebanyak mana yang aku mamppu beli (kalau boleh duit biasiswa tu aku nak habiskan ja dengan buku) dan juga berkawan dengan orang yang lebih airf dan dapat menguasai subjek itu.
| with Cassandra |
| with Zulhafiz |
Dua-dua ne la yang jadi cikgu tambahan saya, cassandra tu guru BI dan Bio saya, dan zulhafiz ne guru Add Math ngan Math Moden aku.Yang lain juga tidak kurang bantuanya juga tapi tiada gambar dengan diorang.Namun usaha saya tidak sia-sia,semua atas bantuan kawan-kawan teknokrat saya,tanpa mereka saya tidak tahu apa sudah jadi dengan saya,dan saya sangat sayang dengan mereka.
Namun walaupun kami struggle untuk mencapai target dalam SPM tapi kami tidaklah ulat buku sangat,kami juga join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.Dalam kelas juga,kami bukan la nerd sangat sampai dalam kelas pun duduk diam sahaja dalam kelas tapi kami juga macam orang yang lain yang have fun dalam kelas.Kadang-kadang berseronok tidak ingat dunia,dan ada suatu ketika yang tinggal agi seminggu SPM,sy dan 3 orng dari klas saya join menari.
| Alison(pengawas asrama),Roziana (ketua kelas), Julizcia (pembimbing rakan sebaya) |
| raya |
| raya sekolah |
| sesi fotografi |
| sambutan hari raya |
![]() |
| jamuan akhir sem |
![]() |
| begambar di wktu boring |
![]() |
| pertandingan Tarian antara kelas |
Gambar-gambar di atas merupakan moment-moment yang berharga yang berlaku di kelas Teknokrat btch 2010/2011.Walaupun kami selalu enjoy namun,pelajaran kami tidak lupakan.dan sekarang semua sudah meneruskan perjuangan masing-masing dalam pelbaga bidang.Boleh dikatakan semua orang sudah berjaya masuk ke U dan hampir berjaya mencapai cita-cita.
Dan syukur untuk saya sebap,walaupun join banyak aktiviti masa form5 tapi,saya dapat 6A dalam SPM,(walaupun target tidak tercapai)
Ok,bagi saya pula,cerita aliran sains saya tidk berhenti sini,sbap saya akan ceritakan lagi mengenai kehidupan saya di matrikulasi.Jumpa kamu di entry seterusnya,tidak janji bila.Yang penting bila saya ada masa saya update.






No comments:
Post a Comment