Haloo...haiiii
sementara cuti masih panjang dan kerja pun kurang,jadi banyaklah masa yang terluang...so,saya ambil masa ni untuk update blog saya la.Entry kali ini banyak saya kongsikan berkaitan dengan UPU,memandangkan hari ini tarikh keramat untuk kawan-kawan intake 2014/2015 mendapat result UPU.
Sejak semalam ramai yang update di facebook mengenai UPU,ada yang update pasal nervous,takut dan risau.Tapi,bagi saya itu semua normal la,semua orang pun akan rasa macam tu juga.nasihat saya untuk kawan-kawan dan juga junior-junior,kamu relex seja sebap U mana kamu masuk pun semua ok juga tu,pasal kos yang kamu dapat pula,kalau kamu tiada pilihan lain jalan saja dulu,nanti masuk di U kalau kamu rasa betul-betul tidak minat kamu boleh tukar kos juga tu.
Ok,untuk kawan -kawan yang sudah excited cek tu boleh la kamu cek lepas jam 12 petang ne dan special untuk kawan-kawan dan juga junior-junior yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia(UPM) ne gambaran serba sedikit mengenai orentasi kamu.
Apabila kamu sudah dapat tawaran di UPM,sediakan dokumen-dokumen yang penting yang diperlukan semasa pendaftaran,terutama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk PTPTN (untuk siapa-siapa yang ingin meminjam dengan PTPTN),sebap pihak PTPTN sangat strik mengenai dokumen yang mereka perlukan.so,sediakan awal-awal supaya tida kelang-kabut,memandangkan masa terlalu singkat untuk intake tahun ini membuat persiapan.
Biasanya kalau di UPM,pendaftaran dilakukan sehari sahaja (bergantung kepada perubahan) mengikut kolej kediaman masing-masing.Kod pakaian??kalau tidak disertakan dalam surat tawaran,kamu hanya berpakaian kemas dan sopan sahaja.Pastikan kamu ikaut apa yang ada dalam surat tawaran yang kamu dapat.
Orentasi di UPM?? orentasi biasanya dibahagikan kepada dua ,iaitu orentasi U dan orentasi kolej kediaman.ada kolej kediaman yang membuat orentasi serentak dengan U dan ada juga yang beraingan.Untuk kolej saya iaiu Kolej Mohamad Rashid (KMR) semasa intake saya dulu,dia dilakukan secra serentak.Tapi,jangan risau la,orentasi tu biasa je,kalau saya best la,sebap tiada la macam orentasi macam sekolah menengah,orentasi U hanya mendengar ceramah dan orentasi kolej sangat santai dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Sebelum,penutupan orentasi pihak UPM akan meengadakan bazar persatuan yang mana,semua persatuan-persatuan yang berdaftar under BHEP UPM akan membuat pameran di booth masing-masing,so kamu boleh la pilih persatuan yang kamu berminat.Join persatuan ne,tidaklah membebankan malah ia akan memberi pengalaman kepada kamu,kehidupan U kamu akan lebi enjoy bila kamu join persatuan-persatuan.
Ok,sebut pasal persatuan ne,saya akan berada di booth persatuan Ikatan Kristian UPM (IKUPM),di mana persatuan ini mengumpulkan pelajar-pelajar kristian di UPM,banyak aktiviti kami jalankan yang bersesuian dengan jiwa pelajar,seperti Kem dan banyak lagi.jumpa anda sna!!
![]() |
| Exco IKUPM |
Bagi orang-orang Sabah yang dapat di UPM,kami di UPM ada Persatuan Kebajikan Anak Negeri Sabah (PERKASA sabah),persatuan ini akan mengumpulkan pelajar-pelajar sabah di UPM,untuk membantu masalah-masalah yang diadapi oleh pelajar sabah di UPM,terutama yang berkaitan dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).Kami juga ada mengadakan aktiviti yang meyeronokkan seperti BBQ,Pertandingan sukan dan banyak lagi..so,kalau sudah di UPM carilah PERKASA Sabah.
![]() |
| PERKASA UPM |



No comments:
Post a Comment