Monday, June 12, 2017

kau rasa ??

Masa aku tulis entry ne aku betul-betul rasa down dan aku dan rasa nak give up dengan hidup aku dalam intern ne....aku tak tahu tapi aku rasa masa intern kat sini la aku boleh klasifikasikan pengalaman aku yang paling mencabar dan teruk aku rasa banding sebelum-sebelum ini. aku tak tahu sebab kenapa? mungkin sebab terlalu lama kot intern. 

ceritanya, pagi tadi aku memang plan nak turun field nak belajar la pasal estate management, tetiba moto aku tu buat hal nasib baik la moto tu buat hal da depan workshop, so senang sikit nak tolak moto tu nak hantar ke workshop. 

lama la juga duk melepak dalam workshop tu nak tungu mechanic tu baiki moto saya,last2 dia panggil saya cakap yang bearing moto i tu rosak !!!! so kena beli baru.....selagi tak tukar selagi tu dia susah sikit nak jalan dan akan effect kat moto tu juga...  so benda tu memang buat ak down sebab aku tak dapat masuk field !!!

Tambahan pulak malam semalam aku tido sorang kat rumah, satu block rumah tu aku sorang je, sebab yang lain semua outstation. so memang seram la, since tempat tu orang kata memang 'keras'. malam semalam aku memang tak boleh tido sebab banyak sangat benda yang aku dengar, kadang-kadang aku terdengar org ketuk pintu rumah aku, kadang-kadang aku terdengar bunyi orang tenga tengok  tv kat rumah seblah sedangkan rumah sebelah memang kosong sebab semua pegi outstation.

Tambahan pula lagi aku terjaga jam 2 pagi sebab aku termimpi adik aku kena histeria, pas tu aku tolong dia la nak keluarkan benda halus tu dari badan dia, tak sempat nak keluarkan benda halus tu aku da terjaga.. pas tu tak boleh tido da lagi, at the same time tu aku memang merenung dan reflect diri aku, ak hampir nak menangis sebab aku realize yang aku memang sayang kat satu-satunya adik aku tu walaupun kami memang macam kucing dengan anjing kat rumah.

Tambahan lagi pulak, aku memang tak boleh move on lagi dengan broken relationship aku tu. masih terfikir-fikir lagi semua benda pasal relatonship tu, kira macam aku ne kecewa la......

so,hari ne semua benda tu da bersatu dan aku memang rasa down giler plus stress.. rasa memang give up dengan life aku sekarang.

Pengajaran/self reflection !!!

1. Boleh je kot nak release stress tu dengan kawan-kawan
2. Semua benda boleh settle so relex la kan? 
3. Ingat Tuhan ada :)

Thursday, May 4, 2017

Internship seorang Alison

Greeting beautiful and handsome creature!!!!

Yaaaaaaa…I just came back to my blog…

Memang lama giler tak update blog aku ni, bak kata orang da berhabuk blog aku ne.. bukan apa, busy tu ada la sikit, tapi memang tak de masa nak update… ada suatu ketika tu memang da plan la nak update siap da fikir dan sort out da benda yang nak disharekan tapi bila da depan laptop tu da hilang da semua idea-idea tu plus da menyimpang tempat lain da. So kali ne, disebabkan aku baru je baca blog senior aku kat UPM, so terinspired la nak update blog. Sebab aku rasa macam best, kalau macam dia follower ramai kat blog banyak yang baca so pembaca blog dia tu akan dapat info baru plus dapat motivasi dari entry-entry dia tu dan bagi aku pulak entry aku ne boleh bagi motivasi kat diri aku sendiri di masa akan datang (based on experienced la, sebab entry aku sebelum ne aku selalu baca juga sebab aku boleh reflect masa lalu aku at the same time aku dapat motivate diri aku dengan kisah-kisah lama aku tu). So, thanks la untuk abg Kimi Jamai (suka hati je aku panggil dia ‘abang’, padahal dia tak kenal aku pun,tapi tak pe la since aku kenal dia hahah).

Dan sekarang ne aku rasa rajin sangat sebab rajin nak type! sedangkan aku lepak depan jam sebab nak tunggu detik lunch hour (1230) sebab aku memang lapar giler !!!! tak pe la aku rasa boleh la hilangkan rasa lapar aku ne sambil berleter kat sini… o ya, aku nak ceter pasal intern aku kat sini (nanti aku introduce tempat intern aku ne)… btw, pehal aku speaking KL uolls????????? Aku da kat sabah,,okok masa aku ceter nanti aku cakap sabah… Tapi skrg ne jam da menjelma pegi 1230 (yeayyyy…lunch hour)

Bah habis sudah ni lunch hour,kenyang berabis sudah ne (pekat juga sabah ku ne), jadi boleh cerita sudah ni cerita-cerita intern saya di sini. Bah lupa mau kasi tau bah tempat internku pula.

Ok, since aku ne student pertanian, so of course la intern dalam bidang pertanian. Tapi pertanian ni luas bah kan, banyak cabang yang boleh kita masuk. Macam jabatan pertanian, MPOB, MARDI, Kilang baja, plantation, lab dan banyak lagi la. Tapi bagi saya, since saya buat Final Year Project (FYP) pasal kelapa sawit then saya minta intern di plantation la atau lebih dikenali sebagai Estate Kelapa Sawit. So, dipendekkan cerita saya intern di Plantation di Sabah tapi memang jauh dari kampong saya. Sebab saya intern di daerah Nabawan, Keningau dan saya asal Kudat (kalau enda boleh imagine,naaaa sy bagi peta)
                                                     

Ambil masa dalam 6++ hours juga la mau datang sini dari tempat saya (Kudat).

Naaaa… sini tempat saya intern,tapi bukan di Melaka. Saya intern di UMB punya ladang sini di sabah di Millian-Labau Plantation. So ringkasnya saya intern di UMB-MLP. Lebih specific lagi, aku dapat dekat RO (Regional Office) untuk UMB-MLP kira macam HQ untuk Millian-Labau Plantation la. Then, saya dapat under Agronomist Department.

So, aku rasa untuk entry kali ni, tu jak la saya mau bagitau…mungkin kalau masa saya rajin saya mau tulis blog akan datang la kan.  Mungkin saya cerita pasal rumah saya, aktiviti saya di sini dan banyak lagi la ahhhh….


Thursday, January 14, 2016

SEM BREAK di UPM

fuhhh...fuhhhh (tiup habuk) rasa da tebal sangat de habuk dalam blog ak ne. Biasalah student kan, macam tiada masa mau update blog. Idea tu ada juga kadang-kadang timbul tapi, bila da mula typing tu mula la cabaran, internet slow, kawan ajak kluar , ngantuk sampai la ilang semua idea-idea aku tu. Sekarang ne cuti sem , agak-agak dalam satu bulan la. Tapi aku syang UPM, so ak stay sini je sepanjang cuti sem ne.

hahah.... Other than sayang UPM, another reason is saya mau kerja sepanjang cuti sem ne. Sebab, aku sedar tiket kapal terbang yang aku pakai kalau aku balik sabah tu, abang atau parent aku yang tanggung, pas tu duk rumah membuta je, so macam rugikan diorang la dan memang dalam otak aku duit tu memang susah nak cari so dont simply used it kalau tiada benefit. walaupun abang aku ne baik sngt, tapi aku tak sanggup susahkan dia, sbab susah tau cari duit, incase kalau benda urgent tu baru la minta. tu pun fikir dua tiga kali.

so, aku decide untuk stay d UPM je la, dapat duit , masuk sem depan tak perlu la minta ngan mak ayah, kalau oleh saya yang nak bagi diorang. bagi diorang rehat sikit kerja tu. memang semua orang tanya la "kau tak rindu family ke?" tipu la kalau aku tak rindu family aku kat kampung,  kadang-kadang tu ak tetiba menangis sebab rindu kat family ak, especially Mak ak la, tapi ak tabah je la, rasa first time ak  x jumpa mak ak almost 5 bulan, mungkin lama lagi la nak jumpe diorng. tapi serious la ak memang rindu diorang.  

ak kerja kat dalam UPM ne je, sni ada kilang so ak kerja dt sni je la. payment pun ok la. this is my first time kerja full time, jam8am- 5pm. first day tu memang rasa nak nangis la, rasa menyesal pun ada. pas tu yang sadisnya cuti-cuti ne nak jmat duit la jugak, so mask sendri la dalam bilik.. first day tu , da la penat giler nak mampos pas tu lunch hour balik bilik kena masak,,,owwww,,rasa nak mati pun ada,,,tapi,satu je semangat ak, ak ingat mak aku,mak aku lepas dari ladang dengan penat-penat balik rumah terus masok dapor dan kami terus tidur..so, dlm otak ak ak kena jadi hebat mcm mak aku. 

so, hopefully cuti kali ne, dapat berkat yang mellimpah wlaupun rindu giler nak mampos ngn family kat kampung.. :) 

so, ne je kot update ak hari ne.. lain kali kalau larat balik dri kerja tu, ak update la juga ya... byee !!

Sunday, October 18, 2015

Tempat lawatan: Desaru Fruit Farm Agro Tourism ,Kota Tinggi , Johor
Tarikh lawatan : 12nd Ock 2015
Pendahuluan
Desaru Farm fruit memunyai keluasan 100 ekar (45.5 hektar) dengan ditumbuhi lebih 100 jenis buah tropika dimana termasuk buah bermusim dan buah tidak bermusim. Buah bermusim termasuklah Durian, Rambutan,Pulasan, dan Manggis ( Jun,Julai dan Ogos),manakala buah tidak bermusim pula akan mengeluarkan buah sepanjang tahun dan antaranya ialah Kedondong,Jambu Air,Nangka,Nenas,Mangga dan Limau Kasturi. Taman ini menawarkan beberapa pakej termasuklah program pembelajaran untuk pelajar dan kepada pengunjung yang berminat, kesemua pakej yang ditawarkan adalah bersama dengan pemandu pelancong ladang yang komprehensif yang akan memberi penerangan yang baik dan juga termasuk makan tengahari dan penginapan kepada pengunjung yang memerlukan.
Tarikan dan aktiviti
Tedapat banyak tarikan yang terdapat di dalam Fruit Farm ini, antaranya ialah mempelajari secara dalam mengenai pokok Nangka, dimana pokok ini merupakan pokok monosius dimana bunga jantan dan bunga betina dalam satu pokok,dan cara-cara penjagaan pokok ini sendiri dan juga buah pokok ini sendiri. Selepas itu, tarikan yang lain juga ialah sesi penerangan mengenai buah naga yang mempunyai beberapa variati dan kesesuiaian pokok naga ini tumbuh. Selain itu terdapat juga pokok markisa yang ditanam di sepanjang jalan taman ini yang mana tempat ini dinamakan “lorong Markisa” ,mereka akan memperkenalkan jenis-jenis buah markisa dan juga nutrisi-nutrisi yang terdapat pada pook tersebut. Disini juga terdapat tempat penananaman herba dan juga rempah ratus yang pelbagai variti dan pelbagai guna, termasuklah pokok dauh selasih ,misai kucing dan banyak lagi. Terdapat juga tanaman sayur secara organic untuk pameran dan sesi pmbelajaran. Disini juga dapat menempatkan haiwan-haiwan peiharaan seperti arnab. Juga haiwan ternakan seperti ayam dan juga kambing. Dalam zon ini terdapat juga makanan-makanan haiwan tersebut dengan membeli makanan tersebut daripada pihak taman terebut. Tanaman-tanaman industri juga diperkenalkan disini seperti tanaman Pokok Getah dn juga kelapa sawit untuk tujuan pembelajaran sahaja dan bukan untuk tujuan komersial.
Terdapat juga aktiviti-aktviti yang dapat menarik pengunjung untuk datang taman ini, termasuklah aktiviti team building yang biasa dilakukan oleh syarikat-syarikat dan juga persatuan-persatuan pelajar. Terdapat juga dirt cart, yang akan memberi tarikan kepada peminat-peminat sukan “go cart”. Dalam taman ini juga mereka mengamalkan konsep organik dimana mereka menghasilkan baja organik daripada hasil buangan ayam atau tahi ayam denga campuran EM atau Effective Microorganism. Oleh itu, dalam ladang ini pengungung sendiri dapat merasai dan berpeluang untuk terlibat sama dalam penghasilan baja organik ini. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti yang mana ianya kian dilupakanpada generasi zaman sekarang iaitu permainan radisional, yang menjadi tarikan kepada
pengunjung yang sudah tidak mengenali dan jarang bermain ,antaranya ialah congkak,batu Seremban dan banyak lagi.
Tarikan lain
Terdapat juga tarikan lain dalam taman ini, antaranya ialah galeri yang telah disediakan oleh pihak taman tersebut dimana peralatan-peralatan pertanian klasik yang digunakan oleh orang melayu pada zaman dahulu , termasuklah alat pengisar padi dan banyak lagi. Terdapat juga tempat untuk mempamerkan produk-produk mereka seperti buah potong, buah segar da juga jus segar yna bukan sahaja untuk tujuan pameran tapi untuk dipasarkan. Terdapat juga produk-produk yang berasaskan buah-buah yang dijual disini termasuk kerepek ,jeruk dan banyak lagi. Diakhir sesi bagi lawat, terdapat penerangan mengenai khasiat dan juga kelebihan minum madu dalam kehidupan harian. Madu juga mempunyai pelbagai rasa dan jenis serta inovasi-inovasi baru madu tersebut untuk kegunaan kesihatan seperti Tongkat Ali yang di campur bersama dengan madu.
Kemudahan
Terdapat kemudahan yang disediakan di tempat ini untuk menarik pengunjung dan juga memberi keselesaan kepada pengunjung yang ada. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat makan, dewan terbuka untuk function seperti majlis makan malam , dan terdapat juga kemudahan untuk sembahyang bagi yang beragama islam. Selain itu, sepanjang perjalanan melawat pokok-pokok di taman itu, disediakan juga tempat berehat dan juga jualan air sejuk yang juga berasaskan hasil daripada ladang tersebut contonya jus segar Markish dan juga Jus segar Jambu yang dijual dalam harga yang berpatutan.
Kelebihan Desaru Fruit Farm berbanding taman-taman yang lain.
Mempunyai “tour guide” yang berpengalaman dan juga mesra pelanggan dan juga mampu memberi penerangan yang baik kepada penggunjung. Selain itu walaupun ladang ini mempunyai kawasan yang besar namun, aturan perjalanan atau circulation di tempat ini amat baik dengan menanam secara integrasi dan juga menanam pokok contoh untuk tujuan pameran. Perjalanan yang singkat tetapi merangumi banyak benda dan tidak membosankan. Disini juga mereka mengaplikasikan 3R (reuse,recycle,reduce) dengan meletakkan 3 tong sampah yang bebeza fungsi.










Sunday, September 6, 2015

Hanya Sebuah Impian

Harapan......harapan menjadi nyata.... cehhhh lagu ne best,sebab harapan bagi au adalah satu impian yang perlu dikejar dan perlu ada dalam mimpi setiap malam.haha..

Best kan pendahuluan aku tadi,,,kali ne nak cerita pasal impian aku pula, sebab bagi aku cita-cita dan impian tu beza dan satu benda berasingan dan juga bila cita-cita tercpai dan impian tercapai  kedua-dua boleh boleh bawa duit secra berasingan. Tapi kali ini aku tak nak la cerita pasal cita-cita sebab, walaupun aku da third year degree sekarang tapi still tak tau nak jadi apa. kali ini nak share dengan korang pula impian aku yang setinggi gunung kinabalu tah boleh capai ke tak,at least aku bole luahkan dekat sini. Sebab ada kawan aku kata kalau kita betul-betul nak capai impian ita tu boleh la listkan dan jadi tatapan harian. dan memang berkesan tips itu...

Ok la, aku bukan nak berceramah atau nak berpidto sampai nak kena bagi definisi bagai.. ne aku nak bagitau impian aku yang paling tinggi la, tapi janji eh jangan gelakkan aku? !!!! sebenarnya aku nak jadi host tv atau pengacara tv, terutama rancangan yang melibatkan traveling ne, aku suka sangat weiiiii.... bila aku tengok rancangan-rancangan yang melibatkan pasal travel-travel ne, contohnaya "Nomad Chef" "jejak jepun Zizan" "passage to Malaysia" fuuhhhh feeling-feeling aku yang jadi host program tu.

Sebenarnya aku ada sikit pengalaman dalam bidng pengacaraan ne, dekat church aku selalu jugak la jadi emcee so dari sana boleh la jadikan pengalaman dekat UPM pun pernah la jadi emcee waktu karnival kaamatan uni-uni di semananjung,....

balik kampung masa cuti ne pun ada la sikit-sikit jadi emcee waktu event2 dekat kampung aku...


tu la gambar-gambar aku masa nak jadi emcee dekat kampung ari tu,,... actually gambar-gambar tu bukan la aku jadi emcee tapi aku just nak gambarkan yang kalau aku jadi emcee macam ne la keadaan..




Ne pula, masa aku bajet-bajet nak jadi host masa aku hiking dekat bukit kampung aku. 

So, bila aku da capai cita-cita aku aku nak jadikan hosting program traveling ne jadi minat aku dan boleh buat side income aku nanti. ..tak de la semua ne impian yang haKira aku nya dibawa masa tidoq..hahha...da...dadada...cukup meroyan,,,kbaiiii

Monday, August 17, 2015

Vavazoi Rungus


Mungkin ada antara orang yang singga kat blog aku ne tertanya-tanya kenapa header aku ditulis "Vavaoi Rungus" dan yang bukan berbangsa rungus macam aku mesti tertanya-tanya apa maksud sebenar perkataan tu.

Ok dipendekkan cerita, sebenarnya dulu aku guna ayat " The New Alison" dekat header blog aku, tapi rasa macam tak grand sangat benda tu,then pada waktu yang sama aku terfikir untuk memperkayakan vocub aku dalam bahasa rungus dengan perkataan-perkataan yang bombastik dan jarang didengar oleh orang lagi-lagi yang berbangsa rungus.

Mula-mula aku ternampak perkataan "buvazoi" ne dekat FB kawan yang berbangsa dusun, tapi aku tak tau maksud sebenar tapi aku rasa pongoretan (term) tu best,then aku try tanya ayah aku la tapi aku tak tanya direct la. Aku tanya dekat ayah aku maca ne;
" Pa, varo ka pongoretan vokon dot anak kusai dot osukod no tanid ko Anak Vagu?"
faham tak aku kata apa tadi? hahah,,sbenrnya aku tanya ayah aku term lain bagi anak lelaki yang sdah matang atau besar selain dari "anak vagu" .. then ayah aku jawab la,
"varo benoi ,"Vavazoi" ino no o harati anak do kusai dot sumukod no"
krik-krik...tak faham lagi kan tak ayah aku jawab "ada, term dia vavazoi yang bermaksud anak lelaki yang masih sudah dewasa dan teruna yang boleh la berkahwin kalau da bersedia". Kesimpulanya "vavazoi rungus" bermaksud "Dewasa lelaki Rungus"

Manakala ayat di bawah header aku tu bermaksud. ''saya akan kongsikan pengalaman-pengalaman dalam hidup saya di sini"

So, macam tu la crita disebalik semua tu, dan aku rasa benda ne cantik....


Vavazoi rungus dengan costume Rungus

Sunday, August 9, 2015

Kisah si penjual durian

Abam tauke durian

Persoalan yang famous bila cuti sem dah nak mula ,especially cuti sem 2 yang hampir mencecah 2 3 bulan iaitu ;
"buat apa cuti ne? tak kerja?"
Bak kata Openg AF2015 soalan-soalan macam aku memang fail nak jawab,,,jadi speechless ,tak tau nak buat apa cuti, selain tolong parents dekat kebun getah kami la. Sebab kalau kat tempat aku ne,memang takdenya nak kerja part time kat kedai-kedai,restaurant-restaurant, mamak-mamak sebab kampung aku agak jauh juga dari pekan Kudat. Apa yang mampu aku buat ,tolong parent usahakan tanah di kampung je la,mcam kebun getah,kebun kelapa tu je la.

But, thank God sebab walaupun cuti sem memang selalu tak strategik bagi aku sebab memang tak cantik sebab semua cuti sem akan bermula bila semua perayaan-perayaan yang aku sambut selesai contohnya cuti sem 1 mula bila perayaan christmas selesai. Tapi walaubagaimanapun tetap bersyukur sebab cuti sem 2 aku ne jatuh pada musim buah especially buah-buah yang special macam DURIAN ,rambutan dan juga buah TERAP.

Ok,, dimulakan cerita musim durian mula pada musim cuti saya so,memang berhuntung sangat-sangat, walaupun aku bukan hantu durian tapi at least aku boleh buat duit dengan buah durian, memndangkan buah durian juga ada harga di pasaran.dan memandngkan juga kesemua 10 buah durian yang ayah aku tanam semuanya menghasilkan buah pada musim kali ini.

So,bermula la kisah aku sebagai penjual durian,walau pun aku menjual di tepi-tepi jalan sebab aku fikir jual tepi jalan lagi aku boleh dapat untung yang banyak. Memang pada mulanya agak mustahil tapi selepas mencuba thank God sambutan para peminat durian amat memberangsangkan la, ramai juga yang membeli terutama guru-guru di pedalaman yang berminat dengan durian aku ne.

Memang pada mulanya agak kekok ,tapi lama-kelamaan memang da biasa aku boleh gunakan kepetahan aku berkata-kata untuk menyakinkan bahawa durian yang aku jual ne baik punya. Memang ini pengalaman yang baik terutama dalam communication skill dan juga skill keusahawanan saya juga dapat diperbaiki. Dan pengalaman saya kali ini dapat menimbulkan minat keusahawanan kepada saya suatu hari nanti.

so,dengan ada nya kerja sampingan aku ne,walaupun setahun sekali dapat la menambah income aku nanti dengan usaha aku sendiri.