Tempat lawatan: Desaru Fruit Farm Agro Tourism ,Kota Tinggi , Johor
Tarikh lawatan : 12nd Ock 2015
Pendahuluan
Desaru Farm fruit memunyai keluasan 100 ekar (45.5 hektar) dengan ditumbuhi lebih 100 jenis buah tropika dimana termasuk buah bermusim dan buah tidak bermusim. Buah bermusim termasuklah Durian, Rambutan,Pulasan, dan Manggis ( Jun,Julai dan Ogos),manakala buah tidak bermusim pula akan mengeluarkan buah sepanjang tahun dan antaranya ialah Kedondong,Jambu Air,Nangka,Nenas,Mangga dan Limau Kasturi. Taman ini menawarkan beberapa pakej termasuklah program pembelajaran untuk pelajar dan kepada pengunjung yang berminat, kesemua pakej yang ditawarkan adalah bersama dengan pemandu pelancong ladang yang komprehensif yang akan memberi penerangan yang baik dan juga termasuk makan tengahari dan penginapan kepada pengunjung yang memerlukan.
Tarikan dan aktiviti
Tedapat banyak tarikan yang terdapat di dalam Fruit Farm ini, antaranya ialah mempelajari secara dalam mengenai pokok Nangka, dimana pokok ini merupakan pokok monosius dimana bunga jantan dan bunga betina dalam satu pokok,dan cara-cara penjagaan pokok ini sendiri dan juga buah pokok ini sendiri. Selepas itu, tarikan yang lain juga ialah sesi penerangan mengenai buah naga yang mempunyai beberapa variati dan kesesuiaian pokok naga ini tumbuh. Selain itu terdapat juga pokok markisa yang ditanam di sepanjang jalan taman ini yang mana tempat ini dinamakan “lorong Markisa” ,mereka akan memperkenalkan jenis-jenis buah markisa dan juga nutrisi-nutrisi yang terdapat pada pook tersebut. Disini juga terdapat tempat penananaman herba dan juga rempah ratus yang pelbagai variti dan pelbagai guna, termasuklah pokok dauh selasih ,misai kucing dan banyak lagi. Terdapat juga tanaman sayur secara organic untuk pameran dan sesi pmbelajaran. Disini juga dapat menempatkan haiwan-haiwan peiharaan seperti arnab. Juga haiwan ternakan seperti ayam dan juga kambing. Dalam zon ini terdapat juga makanan-makanan haiwan tersebut dengan membeli makanan tersebut daripada pihak taman terebut. Tanaman-tanaman industri juga diperkenalkan disini seperti tanaman Pokok Getah dn juga kelapa sawit untuk tujuan pembelajaran sahaja dan bukan untuk tujuan komersial.
Terdapat juga aktiviti-aktviti yang dapat menarik pengunjung untuk datang taman ini, termasuklah aktiviti team building yang biasa dilakukan oleh syarikat-syarikat dan juga persatuan-persatuan pelajar. Terdapat juga dirt cart, yang akan memberi tarikan kepada peminat-peminat sukan “go cart”. Dalam taman ini juga mereka mengamalkan konsep organik dimana mereka menghasilkan baja organik daripada hasil buangan ayam atau tahi ayam denga campuran EM atau Effective Microorganism. Oleh itu, dalam ladang ini pengungung sendiri dapat merasai dan berpeluang untuk terlibat sama dalam penghasilan baja organik ini. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti yang mana ianya kian dilupakanpada generasi zaman sekarang iaitu permainan radisional, yang menjadi tarikan kepada
pengunjung yang sudah tidak mengenali dan jarang bermain ,antaranya ialah congkak,batu Seremban dan banyak lagi.
Tarikan lain
Terdapat juga tarikan lain dalam taman ini, antaranya ialah galeri yang telah disediakan oleh pihak taman tersebut dimana peralatan-peralatan pertanian klasik yang digunakan oleh orang melayu pada zaman dahulu , termasuklah alat pengisar padi dan banyak lagi. Terdapat juga tempat untuk mempamerkan produk-produk mereka seperti buah potong, buah segar da juga jus segar yna bukan sahaja untuk tujuan pameran tapi untuk dipasarkan. Terdapat juga produk-produk yang berasaskan buah-buah yang dijual disini termasuk kerepek ,jeruk dan banyak lagi. Diakhir sesi bagi lawat, terdapat penerangan mengenai khasiat dan juga kelebihan minum madu dalam kehidupan harian. Madu juga mempunyai pelbagai rasa dan jenis serta inovasi-inovasi baru madu tersebut untuk kegunaan kesihatan seperti Tongkat Ali yang di campur bersama dengan madu.
Kemudahan
Terdapat kemudahan yang disediakan di tempat ini untuk menarik pengunjung dan juga memberi keselesaan kepada pengunjung yang ada. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat makan, dewan terbuka untuk function seperti majlis makan malam , dan terdapat juga kemudahan untuk sembahyang bagi yang beragama islam. Selain itu, sepanjang perjalanan melawat pokok-pokok di taman itu, disediakan juga tempat berehat dan juga jualan air sejuk yang juga berasaskan hasil daripada ladang tersebut contonya jus segar Markish dan juga Jus segar Jambu yang dijual dalam harga yang berpatutan.
Kelebihan Desaru Fruit Farm berbanding taman-taman yang lain.
Mempunyai “tour guide” yang berpengalaman dan juga mesra pelanggan dan juga mampu memberi penerangan yang baik kepada penggunjung. Selain itu walaupun ladang ini mempunyai kawasan yang besar namun, aturan perjalanan atau circulation di tempat ini amat baik dengan menanam secara integrasi dan juga menanam pokok contoh untuk tujuan pameran. Perjalanan yang singkat tetapi merangumi banyak benda dan tidak membosankan. Disini juga mereka mengaplikasikan 3R (reuse,recycle,reduce) dengan meletakkan 3 tong sampah yang bebeza fungsi.






