Monday, August 17, 2015

Vavazoi Rungus


Mungkin ada antara orang yang singga kat blog aku ne tertanya-tanya kenapa header aku ditulis "Vavaoi Rungus" dan yang bukan berbangsa rungus macam aku mesti tertanya-tanya apa maksud sebenar perkataan tu.

Ok dipendekkan cerita, sebenarnya dulu aku guna ayat " The New Alison" dekat header blog aku, tapi rasa macam tak grand sangat benda tu,then pada waktu yang sama aku terfikir untuk memperkayakan vocub aku dalam bahasa rungus dengan perkataan-perkataan yang bombastik dan jarang didengar oleh orang lagi-lagi yang berbangsa rungus.

Mula-mula aku ternampak perkataan "buvazoi" ne dekat FB kawan yang berbangsa dusun, tapi aku tak tau maksud sebenar tapi aku rasa pongoretan (term) tu best,then aku try tanya ayah aku la tapi aku tak tanya direct la. Aku tanya dekat ayah aku maca ne;
" Pa, varo ka pongoretan vokon dot anak kusai dot osukod no tanid ko Anak Vagu?"
faham tak aku kata apa tadi? hahah,,sbenrnya aku tanya ayah aku term lain bagi anak lelaki yang sdah matang atau besar selain dari "anak vagu" .. then ayah aku jawab la,
"varo benoi ,"Vavazoi" ino no o harati anak do kusai dot sumukod no"
krik-krik...tak faham lagi kan tak ayah aku jawab "ada, term dia vavazoi yang bermaksud anak lelaki yang masih sudah dewasa dan teruna yang boleh la berkahwin kalau da bersedia". Kesimpulanya "vavazoi rungus" bermaksud "Dewasa lelaki Rungus"

Manakala ayat di bawah header aku tu bermaksud. ''saya akan kongsikan pengalaman-pengalaman dalam hidup saya di sini"

So, macam tu la crita disebalik semua tu, dan aku rasa benda ne cantik....


Vavazoi rungus dengan costume Rungus

Sunday, August 9, 2015

Kisah si penjual durian

Abam tauke durian

Persoalan yang famous bila cuti sem dah nak mula ,especially cuti sem 2 yang hampir mencecah 2 3 bulan iaitu ;
"buat apa cuti ne? tak kerja?"
Bak kata Openg AF2015 soalan-soalan macam aku memang fail nak jawab,,,jadi speechless ,tak tau nak buat apa cuti, selain tolong parents dekat kebun getah kami la. Sebab kalau kat tempat aku ne,memang takdenya nak kerja part time kat kedai-kedai,restaurant-restaurant, mamak-mamak sebab kampung aku agak jauh juga dari pekan Kudat. Apa yang mampu aku buat ,tolong parent usahakan tanah di kampung je la,mcam kebun getah,kebun kelapa tu je la.

But, thank God sebab walaupun cuti sem memang selalu tak strategik bagi aku sebab memang tak cantik sebab semua cuti sem akan bermula bila semua perayaan-perayaan yang aku sambut selesai contohnya cuti sem 1 mula bila perayaan christmas selesai. Tapi walaubagaimanapun tetap bersyukur sebab cuti sem 2 aku ne jatuh pada musim buah especially buah-buah yang special macam DURIAN ,rambutan dan juga buah TERAP.

Ok,, dimulakan cerita musim durian mula pada musim cuti saya so,memang berhuntung sangat-sangat, walaupun aku bukan hantu durian tapi at least aku boleh buat duit dengan buah durian, memndangkan buah durian juga ada harga di pasaran.dan memandngkan juga kesemua 10 buah durian yang ayah aku tanam semuanya menghasilkan buah pada musim kali ini.

So,bermula la kisah aku sebagai penjual durian,walau pun aku menjual di tepi-tepi jalan sebab aku fikir jual tepi jalan lagi aku boleh dapat untung yang banyak. Memang pada mulanya agak mustahil tapi selepas mencuba thank God sambutan para peminat durian amat memberangsangkan la, ramai juga yang membeli terutama guru-guru di pedalaman yang berminat dengan durian aku ne.

Memang pada mulanya agak kekok ,tapi lama-kelamaan memang da biasa aku boleh gunakan kepetahan aku berkata-kata untuk menyakinkan bahawa durian yang aku jual ne baik punya. Memang ini pengalaman yang baik terutama dalam communication skill dan juga skill keusahawanan saya juga dapat diperbaiki. Dan pengalaman saya kali ini dapat menimbulkan minat keusahawanan kepada saya suatu hari nanti.

so,dengan ada nya kerja sampingan aku ne,walaupun setahun sekali dapat la menambah income aku nanti dengan usaha aku sendiri.





Thursday, August 6, 2015

Hormat promoter

Pernah tak korang tengah nak berjalan happy-happy kat shopping mall ke kat bandar ke, dalam restoren ke, tetiba ada orang approach korang dan kata macam ne ;
"bang nak beli ne tak? benda ne bagus bla..blaaa..blaaa"
apa perasaan orang bila korang berada dalam situasi macam ne? dan apa kah tindakan korang?.. Honestly aku rasa rimas dan tak nak pandang langsung orang tu (buat x tau je),sebab kengkadang diorang ne over, lepas tu sampai memaksa-maksa . Tapi da juga yang orang tu OKU yang nak menjual barang sebab nak sara hidup dia sendiri ,dan kalau ada duit lebih saya akan beli dengan orang tu sebab aku betul-betul respect la ngan orang tu, sebab walaupun dia dalam serbah kekurangan tapi dia still berusaha untuk kelangsungan hidupnya.

Ok,back to our topic iaitu pasal promoter ne, mindset aku berubah bila aku sendiri jadi promoter sebab aku join program keusahawanan Kolej aku dulu dekt Penang, so macam waktu tu first time aku jadi promoter sebab aku tak tau pun aku bat benda tu sbab aku just ak join program tu je la. Masa tu aku memang payah la, sebab aku ne jenis pemalu berhadapn dengan orang awan face to face la, lagi-lagi aku sangat risau oraang-orang dekat sana tak faham logat bahasa aku ( masa tu pekat giler bunyi sabah aku ). Tapi, disebabkan semangat nak memang dalam pertandingan aku buat je la, tebalkan muka dan promote...

Disebabkan Penang ne ramai orang Chineese so aku prefer cakap BI walaupun BI aku tak seberapa tapi dalam otak aku ,at least diorang faham dan aku tak perlu ulang-ulang bagitau kalau aku cakap dalam BM,..Tapi Thank God la, ramai juga yang aku approach termasuk tourist yang tenga bersantai,,Macam-macam gelagat la kami jumpa, ada yang beli,ada yang dengar kami promote tapi tak beli ,ada yang halau terus ada yang siap marah-marah tak nak layan,ada yang buat tak tau kehadiran kami dan banyak lagi la.Perasaan masa tu bila tengok dan rasa sendiri gelagat orang awan bercampur-baur ada ler rasa happy,geram,marah dan rasa nak give up. Tapi at last aku dapat juga selesaikan misi kami sampai group aku jadi johan.

Bagi aku,pengalaman tu sangat berharga dan berguna.. sebab aku da ada pengalaman nak layan kerenah pembeli dan juga nak sabar dengan sikap diorang dan aku boleh la terima prinsip " customer is always right " dan " customer is boss"..Tapi yang aku paling bersyukur aku da tak malu nak bercakap ngan orang dan yakin bila aku promote,,,tapi still tenga lbelajar la nak nego-nego harga tu dan sekarang dah ok da yang penting tak kurang dari modal dan mesti ada la keuntungan tu. So, benda tu aku dapat apply sekarang, sebab skrang aku niaga durian dekat kampung aku,so kira ramai juga la yang beli dan setiap pelanggan tu aku layan baik-baik dan cuba nak nego harga yang buat dua-dua pihak happy la..so far aku konfien la bila nak bagitau kelebihan-kelebihan durian aku tu.. dan mak aku pun happy sebb aku dan pandai da niga dekat pekan masa Tamu kudat tu,..
Skrg bole la,timbula nak buka business satu hari nanti sebab rasa berminat pulak..hahah

So, last but not least aku nak nasihatkan korang supaya please la hormat promoter sebab diorang pun nak cari makan,kalau tak nak beli tu cakap je la baik-baik tak nak, dan kalau da tak nak buat pe tu senyum je pun da cukup,sebab promoter da cukup happy bila orang lain senyum dengan diorang. Aku pernah la tegor family dan kawan-kawan aku untuk menghormati promoter,...sebab aku pernah rasa apa diorang rasa.

OK Thanks for reading... but before that, abam nak lanje gambar-gambar durian..enjoyyy










Wednesday, August 5, 2015

Kono Momoros Rungus ( jom cakap Rungus )

Rasanya sekarang ne hidup aku happy dan tenang je (kot la) , lagi-lagi masa aku tulis blog ne tengah hujan jadi idea aku pun mencurah-curah macam air hujan ne., Rasanya banyak isu yang saya nak kongsi dan jadikan bahan aku dalam blog ne tapi benda ne paling penting. Isu ne saya dapat ilham dari blog yang aku baca semalam ,blog ne berkaitan dengan bangsa aku iaitu bangsa Rungus,(kalau nak tau banyak pasal Rungus baca la blog dia, ada dalam blog list aku). Aku cukup kagum la dengan dia sebab dia ada usaha nak perkenalkan bangsa Rungus melalui blog, dan dia rajin cari info pasal tradisi rungus ne.

Tapi isu yang aku nak bangkitkan hari ini bukan pasal blog tu, tapi aku nak bangkitkan pasal anak rungus yang sejati ( mak ayah Rungus) tak reti nak bertutur bahasa Rungus. Dimanakah puncanya? Ok la aku boleh terima la kalau orang tu  walaupun Rungus sejati tapi menetap di bandar , tapi masalahnya ada juga orang yang dia Rungus sejati dan menetap di perkampungan Rungus tapi masih tidak boleh bertutur dalam Boros Rungus dengan baik. Bukan aku nak salahkan siapa-siapa la tapi benda ne memang berlaku.

Dulu saya tidak fikir langsung pasal benda ne, sebab walaupun aku fasih bertutur dalam bahasa Rungus tapi bila bertutur di sekolah kami menggunakan BM walaupun kawan sebangsa ,sebab hormat permis kerjaan yang menggunaan bahasa rasmi , tapi benda tu berlarutan hingga ke kampung jadi macam Rungus ne hanya digunakan untuk berbual dengan orang lama-lama. Tapi bila saya melangkah ke U saya nampak dan dengar bangsa-bangsa lain macam Iban, Dusun , Cina , India, mereka petah berbahasa melayu tapi bila dengan kawan sebangsa mereka menggunakan bahasa sendiri, sedangkan aku dengan kawan sebangsa aku still bertutur dalam BM walaupun kami berdua sebab kawan aku ne tak pandai cakap Rungus. So,dari sana aku mula terfikir yang Bahasa sendiri harus digunakan untuk menunjukkan identiti sendiri dan memelihara bahasa ibunda.

So, wahai anak-anak rungus yang sejati, mari kita belajar bahasa sendiri dan pelihara identiti kita selagi ia tidak betentangan denga kepercayaan agama kita. KAdang-kadang saya malu bila orang cakap "kenapa tidak pandai berbahasa kamu sendiri, sedangkan itu bahasa ibunda kamu? kenapa tidak dipelihara? kamu tidak sayang dengan bangsa kamu?"
saya pun terfikir yang, dalam kalangan rungus ne, ramai yang sudah berjaya, belajar tinggi-tinggi malahan ada yang sampai ke luar negara ke Rusia, Perancis dan banyak lagi,sampai hebat bertutur dalam bahasa-bahasa rasmi negara tersebuat macam bahasa Rusia dan bahasa Perancis apa lagi Bahasa Inggeris, tapi bahasa Rungus ? ya syukur kalau faham , tapi mungkin ada yang tidak faham langsung lagi-lagi bertutur. Sory to say, macam kita agung-agungkan bahasa orang lain tapi baasa kita macam kita ambil remeh je. 

Ok,itu je la pandangan aku, minta maaf la kalau ada yang terasa hati tapi itu la kebenarannya,.
"mari kita perhebatkan diri untuk belajar bahasa asing untuk kemajuan kita, tapi jangan lupa untuk perkasakan dan hormat bahasa Ibunda kita untuk mengekalkan bahasa asli kita dimana ia mencerminkan identiti kita bersama sebagai anak RUNGUS"




Vavazoi Rungus
 

Tuesday, August 4, 2015

make-up dan perempuan

Hey there im back... kali ne aku tak nak cerita pasal kisah hidup aku yang happy , sadis ,dan sedih lagi, mungkin next2 la kot sebab aku ada cerita a.k.a pandangan yang penting untuk aku nak share dengan korang memandangkan benda ne basic dan perlu bagi aku.
Ok, just a simple question... what do you think make-up used for? (hamboi speakinggggg,,, tapi sory rabak sikit) dan adakah make-up ne khas untuk perempuan muda sahaja or what ? and what do you think bila orang tu pakai make-up? 

Relex, saje nak share pendapat, aku pun tak reti pasal benda-benda macam ne , tapi aku suka perhati orang yang pakai make-up especially perempuan sebab lelaki pakai make-up untuk kegunaan tertentu sahaja. Tapi lain pula dengan perempun ne benda ne antara kewajiban bagi mereka, kan??? Ok la, aku nak share sikit la ye pasal benda ne dan aku nak korang betulkan pandangan korang !

First aku nak tegur pasal pandangan segelintir orang terhadap make-up ne. Sebab aku pernah dengar perempuan sendiri yang bagi tau aku yang "saya tak perlu make-up sebab saya lebih suka natural beauty",.. oke then thats ur opinion..And this is my opinion !
  1.  Make-up ne penting supaya orang tidak nampak pucat , especially bila berhadapan dengan lighting yang berwarna - warni dan terang ,dan juga bila berhadapan dengan kamera
  2. Make-up ne penting supaya kamu kelihatan konfiden dan lebih bersedia 
  3. And the most important one is benda ne akan mencerminkan sikap kamu sendiri
Tapi, ladiessssssss sila ambil perhatian pasal benda ne bila korang pakai make-up !
  1. Sila pastikan korang pakai make-up especially foundation atau bedak tu kena la rata kan,jangan la pipi bukan main putih then dahi tu warna tak putih macam kat pipi tu, 
  2. Sila pastikan juga pakai la make-up sesuai dengan kulit kamu bah.. kalau da putih tu jangan la pakai bedak berinchi-inchi nanti nampak macam badut.
  3. Peringatan juga , sila la berpadah-padah bila pakai dan ikut situasi la,... jangan pegi pasar beli sayur pun pakai make-up macam nak pegi shooting.
  4. Dan satu lagi, kalau da pakai bedak tu pakai la lipstick ke apa ke untuk mengurangkan pucat pada bibir kamu nanti nampak macam mayat

Ok saya rasa tu je la yang aku nak kongsi, semua ne berdasarkan pengalaman saya la dan apa yang saya pehati kepada perempua-perempuan yang pakai makeup di luar sana. Dan kalau ada masa saya akan senuh pula make-up dan lelaki.

Monday, August 3, 2015

Why,why and why ??

Pencapaian yang cukup baik bagi saya sebab aku boleh update blog aku ne setiap hari ( baru 2 hari berturut-urut pun ), maksudnya aku tenga ak de kerja la ne a.k.a boring la ne, sebab idea aku nak tulis benda ne da lama da ada siapa da susun main point dan supporting point bagai  tapi dalam otak je la,tangan tak mampu nak ikut rentak otak malas..Sebab actually aku tengah menjual durian ne tu yang tak tau nak buat apa,sementara tunggu hantu-hantu durian nak beli dan sini pun wifi ok,why not aku rajinkan tangan buat benda ne. Tapi bukan itu yang aku nak share ngan korang tapi aku nak tunaikan janji semalam yang aku nak cerita disebalik kejaadian aku berada di UPM..So,lets enjoy aku merapu!

Ok la, dipendekkan cerita as u all tau aku skarang tenga sambung study dekat UPM ambil kos Bacelor Sains Pertanian. Pertanian???? penat- penat study matrik dapat result ok ambil pertanian??? why?why?why?......So,macam ne la persoalan-persoalan dan reaksi orang bila jumpa aku dan sebut pasal kos aku. Stress tak? aku ok je sebenarnya tapi kengkadang tu bole la juga naik darah  bila dengar benda ne. 

Dimulakan cerita, macam biasa la memang delima seorang pelajar lepasan Matrik dan STPM masa nak isi UPU, tertama bagi orang yang tak tau halatujuh lagi,tak tau nak buat jadi apa nanti dan parents juga ikut kehendak kita, macam aku la. Actually, parents aku tak la serahkan 100% pilihan tu di tangan aku, ade la diorang suggest kos untuk aku, tapi biasa la orang tua kan nak yang terbaik untuk kita samapai benda tu aku tau aku tak mampu nak dapat dan aku tak minat, antaranya ialah jadi Engineer atau jadi doktor atau jadi Guru. Semua tu aku tak mampu bro,lagi pun aku tak berapa nak minat terutama Engineer. Guru pulak aku , emang benda ne cita-cita aku sejak dari kecil lagi tapi lepas kejadian tu aku da mula tak minat da dan da tawar hati nak ambil kos ne.

So, masa nak isi UPU tu, aku tak fokus ngan kos yang aku nak pilih,benda yang aku fokuskan ialah Universiti mana yang aku nak pegi..So, memandangkan UMS uni yang aku tau dulu sejak dari kecik dan UMS merupakan tempat yang strategik bagi aku, dan banyak benda la yang aku tau pasal UMS ne sebab aku selalu juga menjejak kaki dekat UMS ne, apa tidaknay abang aku study kat sini jadi tambah sayang la aku dengan UMS ne. So, dari first hingga la ke fourth choice tu semua aku pilih UMS,,, Tapiiiiiiiiiiiiiii...4 universiti penyelidikan ne nak pulak asing-asing permohonan, then aku try je la sebab RU kan,, dalam fikiranku mustahil la aku dapat result aku tak gempak pun, tapi kos yang aku pilih tu memang aku minat semua la dan memang dekat di hati iaitu sains pertanian dimana this is my first choice.. o ya, aku pilih la UPM sebab U ne agak strategik juga la bagi aku sebab abang aku kerja kat sana, so serba sedikit aku kenal la sedikit pasal UPM, ada la gambaran sedikit berkenaan UPM ne.

Setelah beberapa bulan selepas mengisi UPU tu, akhirnya result da keluar... Jengg..jengg..jengg... aku dapat Sains Pertanian  di UPM !!!!!!! tak sampai satu minit aku happy, then aku da sedih sambil melinang air mata, sebab aku pegi jauh dari family dan aku jauh dari kampung kesayangaan aku. Parents, siblings dan semua yang ada di rumah masa tu, semua happy sebab aku dapat UPM. Tapi thank God la tak sampai sebulan pun aku sedih, sebab 2 dari kampung aku pun tak dapat UMS gak, diorang pun kene fly pegi semenanjung sorang pegi UPSI sorang lagi pegi UMK, so aku happy la sikit dan bersyukur at least aku dekat sikit dengan airport dan senang sikit nak pegi Uni tu.

Biasalah kan orang kampung, nak juga diorang tau aku dapat mana, kos apa.kan? normal la.. tapi yang aku tak puas hati tu, bila aku sebut je nama kos yang aku dapat semua orang buat muka kalau tak pun conversation kami dengan si penanya tu akan jadi panjang, sebeb he/she keep asking why??
Kenapa pertanian?
Kenapa bukan Guru?
Kenapa tidak ambil di UMS saja?
kenapa? kenapa?
so, ok I kan budak baik dan menghormati orang, so aku jawab je la segala persoalan dengan senyuman dan hemah.. kah ! tapi yang paling buat aku terasa dan rasa macam discourage dengan kata-kata itu ialah la orang itu berkata 
"ok bah kos kau tu, jadi baik kampung nanti tanam rumput la "
 Jadi kata-kata dia tu seolah-olah mengangap yang kos aku ne memang teruk dan diangap kos buangan dan kos yang tiada masa depan, ye la sebab anak-anak pacik yang "menasihati" saya ne semua skolah tinggi-tinggi semua bekerjaya..But, satu hal yang dia tidak fikir ialah semua orang tidak mempunyai kemampuan yang sama,dan semua orang ada perbezaan minat. 

Aku jadkan semua kata-kata, nasihat dan tomahan orang terhadap aku sebagai semangat bagi aku untuk membuktikan kepada semua orang yang semua orang ada minat masing-masing dan semua orang mmpu berjaya walauapapun minat yang diceburi. So, sekarang  menjadi tanggungjawab saya untuk membuktikan kepada "mereka" bahawa saya boleh buat.

Dan akhirnya aku melangkah ke Universiti Putra Malaysia as a Agricultural Science Student ! dengan senang hati sambil berjalan catwalk dan perasan diri ini macam model. 

Maka berakhirlah hidup aku dengan delima terhadap pelajaran. jadi untuk entry-entry seterusnya aku akan ceritakan kisah pahit manis dan masam aku di UPM dan juga kehidupan sebagai Mahasiswa dan juga sebagai Remaja ( aku da tua dohhh, tapi muka macam budak ). so see u !

Sunday, August 2, 2015

matrik oh matrikulasi (Part 2)

Rasanya dah hampir setahun janji aku nak sambung cerita aku pasal hidup aku kat matrik, akhirnya aku teringat juga update benda ne,buat tatapan aku masa hadapan ( kot-kot aku lupa cerita aku sendiri).. So,kali ne aku nak cerita la kisah hidup aku dekat matrik dulu. Jom layannnn...
So, based on previous entry aku, aku memang tak suka belajar pasal sains ne, tapi da terpksa kan orang kata "no choice" la kiranya, so aku just go on je la, takan aku nak balik kampung nak kluar Matrik dan sambung form6?? tak nak la aku,aku rasa lagi susuah dekat form6 tu, dan rugi je la aku bayar yuran mahal-mahal then tidak sampai satu sem dekat sana balik sebab tak tahan hidup kat sana,derrr aku tak la seloser itu..sebab aku yakin dan tau yang diri aku ne mampu jugak. So,my final decision  is just go on where am I and follow the flow, apa jadi,jadi la..

Sem satu tu aku memang blur, benda yang simple dan basic pun aku tak tau apa lagi benda-benda yang da complicated,lagi la aku tak tau. Tapi thank God la,aku just happy dan enjoy every moment masa kat kela tu walaupun aku sebenarnya tak faham satu pun apa yang lecturer tu dok ajar aku. Orang lain dok busy nak berebutrebut tanya lecturer tentang topic yang kami belajar masa tu, aku??? aku tangsung tak tau nak tanya ape, sebab aku tak faham langsung... Benda ne berlaku terutama kelas Biology, Chemistry dan IT, tapi masuk kelas math aku memang fokus la sebab aku memang suke giler ngan math dan aku rasa aku mudah faham kalau belajar math. Waktu kelas math aku jadi tepat kawan rujuk la,sebab aku terer sikit banding diorang dan aku jugak rajin buat tutorial math, so depa nak copypaste lerrrr....sebab aku pun buat benda yang sama untuk subjek lain.

Mula-mula tu aku tak kesah la sangat yang aku tak faham satu pun apa aku belajar , tapi bila waktu test dan baut presentation tu,da mula da cuak sebab tak tau apa-apa kan. Kejadian-kejadian seperti itu la membuat aku berfikir dan merenng dengan sendiri sambil berasa malu terjadap diri sendiri dengan kawan-kawan sekelas aku. So, aku gunakalah prinsip aku yang dulu dengan cara menghafal, tapi boleh la ada la peningkatan sedikit banding langsung tak study, boleh la dijadikan bekalan untuk Mid Term Test aku nanti, sebab 10% kot utk final test nanti.. Dipendekkan cerita aku memang tak dok A waku test Mid Term tu, E tu ade la..tapi aku ok je waktu tu tak de la kecewa sangat sebab test2 sebelum ne pun pernah aku dapat 0% kan..hahah

Tapi aku cukup cuak bila final exam untuk first sem tu, sebab aku tu tau pulak aku takot nanti pihak pengurusan pindahkan aku ke program 2 tahun kannnn...weeeiii siapa yang tak takut???? So,waktu study week tu aku memang study giler2 la, menghafal sampai ke subuh kengkkadang tak tido langsong. then thank God sebab saya da sedia nak jawab exam masa tu dan semua berjalan dengan baik..

Tuptup,,, sebulan selepas exam tu keluar la result, then i was shock mannnn,,aku betol2 tak sangka benda tu, target aku just nak lepas syarat minimun utk melanjutkan pengajian ke program 1 tahun je iaitu 2.5 above,paling tinggi pun aku expect 3 je...tetiba lecturer tu bagi aku transkrip aku dia kata " tahniah" then aku tengok la,,, yeayyyyy Thank God, walaupun tak la sehebat orang lain tapi aku dapat la 3.5 dan ak bangga dengan pencapaian aku tu, dan saya rasa berbaloi dengan usaha saya la,tak nak la expect tinggi sngt sebab aku study pun tak kan.Result sem satu aku merupakan titik permulaan, encouragement dan juga batu loncatan bagi aku untuk meningkatkan pointer aku untuk sem depan nanti. 

Bila, sem 2 aku mula,aku memang rajin belajar la bukan setakat menghafal aku jugak try untuk memhami pelajaran tu, terutama biology. Bukan tu je, aku juga try untuk jadi rapat dengan lecturer aku supaya senang sikit la aku nak tanya... O ya, sem dua ne aku dah berani dan tau nak tanya lecturer, siap jumpa lagi dekat bilik lecturer tu dan satu lagi yang buat aku betol-betol terkejut ngan diri aku, tetiba pulak aku minat dan suka belajar Chemisty , sedangkan sebelum ne kalau boleh drop memang aku drop subjek ne... satu benda la saya tertarik dengan chemistry ne masa second sem aku sebab lecturer tu hmmmmm,,, memang cantikkkkkk dan sesuai dengan taste aku aka perempuan idaman aku la katakan.. tapi,benda tu la yang buat aku rajin study dan semangat nak buat tutorial.

Dipendekkan cerita,( sebab aku da malas nak menaip da, terlalu banyak cerita kalau nak dihabiskan), asa study week tu aku tinggal je lagi nak menghafal benda-benda peting sebab semua benda aku da faham, so senang sikit la bagi aku untuk nak buat persiapan fial exam sem 2 aku. Tapi still I cannot sleep la, sebab teruja sangat nak belajar dan nak exam so, i just spend 3-4 hours sleep for one single day. Bukan rajin tapi aku memang tak le nak tido asyik  dok terfikir je pasa exam tu, kengkadang tu sampai termimpi-mimpi. Tapi at the end of the day, Thank God saya boleh jawab soalan-soalan itu dengan tenang dan bersemangat.

And once again Thank God, aku betol-betol tak sangka sebab aku dapat result juga beyond on my expectation, sebab aku target 3.5 above je paling tinggi pun 3.7 la..tuptup aku dapat 3.85 waaaaaaa,,,keluar air mata waktu tu,terharu dengan diri sendiri.hahaaha,,,,,tapi paling conform tu chemistry aku mestilah A.. 

so, macam tu la serbah sedikit pasal aku dekat Martikulasi Labuan...jadi mungkin entry-entry aku yang akan datang ne , aku nak jugak la cerita hala tuju aku selepas matrik,,ya korang da tau kan aku dekat UPM,,tapi kenapa UPM? kenapa kos ini yang aku pilih? apa cerita disebaliknya?..so,kalau ada masa aku update la blog aku selalu ye,,,,at least 2 kali satu tahun... sebab,banyak benda nak share ngan korang ne...

OK bye! thanks for reading.....





Boleh la follow saya di instagram @alison_too untuk cerita-cerita yang lagi hot...hhahahahaa